Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri G-20 sokong agihan vaksin Covid-19 lebih adil

Oct 14, 2021 | 05:30 AM



MILAN (Italy): Menteri Perdagangan dari G-20 berjanji akan berusaha mengagihkan vaksin Covid-19 secara adil dengan menghapus sekatan eksport dan menjadikan sistem perdagangan lebih telus.



Pernyataan bersama menteri perdagangan itu diterima pakai setelah mengadakan pertemuan di Sorrento, selatan Italy, yang memperlihatkan kembalinya multilateralisme, kata Menteri Luar Italy Luigi Di Maio.



"Kita harus memastikan bahawa agihan vaksin yang lebih besar dan perlu ada kilang pengeluaran di negara-negara membangun," kata Menteri Perdagangan Perancis Franck Riester.



Walaupun lebih enam bilion dos vaksin telah dihasilkan dan diedarkan di seluruh dunia, hanya 1.4 peratus penduduk di negara-negara miskin yang telah divaksinasi sepenuhnya, berbanding 58 peratus di negara-negara kaya, kata Ketua Organisasi Perdagangan Dunia Ngozi Okonjo-Iweala awal bulan ini.



G20 setuju cari penyelesaian untuk membantu negara miskin memperoleh lebih banyak vaksin Covid- 19 dan antara cadangan dikemukakan termasuk penghasilan vaksin di negara-negara kurang maju.



Negara G20 juga berpendapat inisiatif Covax yang diusahakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk perkongsian vaksin perlu diperkukuh.



Covax adalah mekanisme antarabangsa yang ditubuhkan sebahagiannya untuk berkongsi vaksin sehingga negara miskin tidak perlu bergantung pada sumbangan.



Tetapi dalam beberapa kes, negara-negara kaya seperti Britain menerima dos melalui Covax.



Bagaimanapun, jumlah vaksin yang dibeli negara-negara kaya seperti Britain melalui Covax agak kecil susulan bekalan global yang sangat terhad.



Menjelang persidangan menteri Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang dijadualkan pada 30 November hingga 3 Disember ini di Geneva, para anggota diminta menyetujui respons pembahagian vaksin yang lebih adil.



Encik Riester mengatakan bahawa isu lain adalah memastikan pengeluar vaksin untuk mengetepikan hak intelektual bagi membolehkan pengeluaran dilakukan di mana-mana sahaja di dunia.



Anggota G-20 juga bersetuju mengenai perlunya melakukan reformasi terhadap WTO, sesuatu yang telah dipinta oleh Suruhanjaya Eropah selama beberapa waktu.



Ia juga menyokong agar diadakan rundingan semula mengenai subsidi penangkapan ikan untuk memastikan kelangsungan stok.



Para menteri juga bersetuju perlunya peraturan antarabangsa yang lebih kuat terhadap subsidi industri untuk memastikan persaingan yang adil dan peraturan perdagangan yang lebih baik mengenai pertanian.



Kumpulan 20 negara secara kolektif menyumbang sekitar 80 peratus daripada produk domestik kasar dunia dan sekitar 60 peratus daripada populasi dunia.



Italy kini memegang kerusi Presiden G20. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >