LONDON: Menteri pengangkutan dan kesihatan kumpulan negara G7 dijadual bertemu lewat semalam untuk membincangkan cara memulakan semula perjalanan antarabangsa.
Mesyuarat itu diatur Britain, presiden G7 tahun ini, kata satu sumber yang meminta namanya tidak disiarkan sebelum ada kenyataan rasmi.
Sedang perhimpunan itu bertujuan kesepakatan tentang cara melonggarkan sekatan sempadan, keputusan besar mengenai pembukaan semula perjalanan antarabangsa sebenarnya dibuat di peringkat tertinggi kebanyakan pemerintah, misalnya di Rumah Putih, bukan Jabatan Pengangkutan Amerika.
Beberapa negara, terutama anggota Kesatuan Eropah (EU), telah pun menggunakan pasport vaksin bagi memulakan semula perjalanan rentas sempadan.
Namun, negara seperti Amerika belum mahu menggunakan teknologi berasaskan aplikasi ekoran kebimbangan politik, isu privasi dan isu keadilan antara yang telah dan belum menerima vaksin.
Satu lagi perkara yang menjadi masalah ialah apakah hasrat mengiktiraf vaksin negara yang belum meluluskannya.
Sedang sebilangan negara mula membuka semula sempadan, kelonggaran dilakukan sedikit demi sedikit, dan ini mengecewakan syarikat penerbangan dan pelancongan yang terjejas teruk oleh pandemik Covid-19.
Kata sepakat peringkat tinggi oleh G7 dapat memberi contoh bagi peraturan umum di seluruh dunia dan mendorong keyakinan pengguna terhadap peraturan perjalanan antarabangsa.
Peningkatan paras vaksinasi juga mendorong beberapa negara membuka semula negara mereka.
Britain dijangka melonggarkan syarat ujian koronavirus bagi pelawat yang telah diberi vaksin sepenuhnya dan tiba di England "awal bulan ini". - Agensi berita.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg