Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri Indo mahu saingi S’pura anjur konsert eksklusif

Reaksi Menteri Penyelaras Pelaburan Indonesia kepada konsert eksklusif, Taylor Swift, di Singapura
Mar 8, 2024 | 12:59 PM
Konsert eksklusif, Taylor Swift, di Singapura turut menarik pelancong asing, dan Menteri Penyelaras Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Binsar Pandjaitan, mahu syarikat hiburan di negaranya mengadakan konsert serupa bersama artis lain. 
Konsert eksklusif, Taylor Swift, di Singapura turut menarik pelancong asing, dan Menteri Penyelaras Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Binsar Pandjaitan, mahu syarikat hiburan di negaranya mengadakan konsert serupa bersama artis lain.  - Foto REUTERS

DENPASAR (Bali): Menteri Penyelaras Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Binsar Pandjaitan, telah memulakan sebuah konsert muzik eksklusif untuk bersaing dengan perjanjian eksklusif Singapura bersama penyanyi, Taylor Swift.

“Apa yang Singapura tawarkan kepada artis, kita berikan kepada mereka (juga). Kita mesti berani untuk bersaing. Jika Singapura boleh mendapat faedahnya, kita juga perlu (melakukannya),” kata Encik Luhut semasa penutup acara, ‘Business Matching 2024’ di Sanur, Bali pada 7 Mac.

Encik Luhut berkata pihaknya telah mengadakan mesyuarat mengenai rancangan itu.

Menurutnya, seorang artis asing akan datang ke Indonesia enam bulan dari sekarang selepas pihak pengurusan hiburan memperoleh lesen untuk menganjurkan sebuah konsert muzik.

Beliau juga menyeru mereka yang terlibat dalam perniagaan hiburan supaya mencapai perjanjian dengan artis lain dan mengadakan konsert yang berdaya saing.

“Salah seorang pemain hiburan telah mendapat permit. Saya meminta mereka mencari artis lain dan mencapai perjanjian,” ujarnya.

Beliau mengakui kontrak eksklusif Singapura bersama Swift menghasilkan pendapatan besar dalam bentuk pertukaran asing dan membuat hotel penuh selama sembilan hari di negara itu.

“Selama dua minggu, anda tidak boleh pergi ke Singapura kerana ada rancangan Taylor Swift di sana. Hotel ditempah sepenuhnya selama sembilan hari. Kenapa? Kerana beliau tidak mengadakan konsert di Indonesia,” ujar Encik Luhut, lapor Tempo.Co.

Taylor Swift mengadakan ‘Eras World Tour’ di rantau Asia Tenggara tetapi hanya di Singapura.

Konsert di Singapura diadakan pada 2 hingga 4 Mac dan diteruskan pada 7 hingga 9 Mac, sekali gus menarik pelancong asing untuk menonton konsert itu secara langsung di Singapura.

Singapura mengesahkan telah memberi bintang pop itu insentif untuk membuat persembahan eksklusif di negara itu, mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan negara Asia Tenggara yang lain.

Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, berkata usaha itu tidak berhasrat mencetuskan permusuhan dengan negara jiran. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg