JAKARTA: Menteri-menteri Indonesia telah berkumpul untuk menghasilkan sebuah video muzik yang tidak menggalakkan orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung halaman menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Indonesia itu, termasuk Menteri Luar Negeri, Retno Marsudi, Menteri Perhubungan, Budi Karya Sumadi dan Menteri Komunikasi dan Penerangan, Johnny G. Plate - yang bergilir-gilir menggesa rakyat usah mudik, dalam klip video berjudul Jangan Mudik, Nggak Mudik Tetap Asyik, lapor The Straits Times.
Setiap menteri menyanyikan lagu sama ada dalam bahasa Indonesia atau Jawa dalam klip yang telah memperoleh 1.4 juta tontonan di Twitter sejak disiarkan oleh Kementerian Tenaga Kerja pada hari Isnin (18 Mei).
Satu lagi versi klip yang menampilkan beberapa ketua daerah, seperti Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil dan Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo, juga disiarkan di akaun Instagram rasmi kementerian itu pada hari Isnin.
Kedutaan Indonesia di Singapura juga menghasilkan video muzik dari lagu Indonesia Rumah Kita (Rumah Kita), yang menampilkan Duta Besar Indonesia untuk Singapura Ngurah Swajaya, staf kedutaan dan warga Indonesia yang tinggal di Singapura, sebagai penghormatan kepada mereka yang berada di barisan depan pertempuran melawan the Covid-19.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg