Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Menteri jamin bekalan ayam cukup hingga Aidilfitri

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, memberi jaminan bekalan ayam di seluruh negara untuk Ramadan sehingga Hari Raya Aidilfitri mencukupi.



Beliau berkata, jaminan tersebut diberikan selepas mendapat data terkini daripada Jabatan Veterinar serta maklumat berkenaan bekalan ayam menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) pada Ahad.



Jelasnya, semua pemain industri yang terlibat juga memaklumkan bekalan ayam cukup dan tidak perlu bimbang.



"Oleh itu saya harap rakyat jangan panik dan kita sentiasa pantau isu bekalan ayam pada setiap hari. Ini tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), MAFS dan Jabatan Veterinar.



"Ini (bekalan cukup) berdasarkan libat urus dan maklumat yang disampaikan kepada KPDN secara umumnya," katanya kepada pemberita selepas mengedarkan kurma di Bazar Ramadan Perling Mall di sini pada Ahad.



Beliau mengulas dakwaan bekalan ayam yang berkurangan ketika ini sehingga memaksa harga bahan mentah itu naik 20 sen di peringkat ladang bermula hari pertama Ramadan.



Sebelum ini, Setiausaha Persatuan Penternak Unggas (Kecil dan Sederhana) Negeri Johor, Encik Lau Ka Leng, memaklumkan ketika ini berlaku kekurangan bekalan ayam segar hampir 30 peratus di pasaran menyebabkan kenaikan harga bahan mentah itu tidak dapat dielakkan.



Mengulas lanjut, Datuk Salahuddin berharap maklumat berkaitan perkara itu diberikan secara terperinci kepada KPDN.



"Kadang-kadang ada masalah antara pembekal dengan peruncit selain majikan lambat bayar hingga mengakibatkan bekalan tidak cukup. Itu hanya berlaku di tempat-tempat tertentu," ujar beliau.



Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya memandang serius setiap aduan dan pihak penguat kuasa akan memantau sehingga Aidilfitri.



Tambahnya, jika ada pihak tidak bertanggungjawab menaikkan harga, perkara itu perlu dilaporkan kepada KPDN.



"Nasihat saya kepada peniaga, patuhi arahan. Kerajaan letak harga kawalan untuk harga ayam RM9.40 ($2.83)sekilogram, harga siling ini perlu dipatuhi. Sekiranya berdepan masalah 'supply' atau perlu bantuan KPDN, kita sedia membantu," katanya.



Dalam perkembangan lain, beliau berkata, KPDN akan mengumumkan harga maksimum barang keperluan asas untuk Hari Raya Aidilfitri kira-kira dua minggu lagi. - Agensi berita




" ...Saya harap rakyat jangan panik dan kita sentiasa pantau isu bekalan ayam pada setiap hari. Ini tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), MAFS dan Jabatan Veterinar.
Ini (bekalan cukup) berdasarkan libat urus dan maklumat yang disampaikan kepada KPDN secara umumnya.''
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >