Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri kanan Kabinet Indonesia didakwa rasuah

May 19, 2023 | 5:30 AM
DITAHAN: Menteri Johnny G. Plate (tengah) dilihat di Pejabat Peguam Negara di Jakarta susulan tuduhan rasuah ke atasnya. - Foto REUTERS
DITAHAN: Menteri Johnny G. Plate (tengah) dilihat di Pejabat Peguam Negara di Jakarta susulan tuduhan rasuah ke atasnya. - Foto REUTERS -

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia telah menahan seorang menteri kanan Kabinet atas tuduhan rasuah dalam kes yang mereka katakan menyebabkan kerugian bertrilion rupiah.

Johnny G. Plate ialah menteri kelima dalam pentadbiran Presiden Joko Widodo yang didakwa atas tuduhan rasuah.

Sebelum ini, menteri hal ehwal sosial dan perikanan di bawah pentadbiran Encik Widodo itu dipenjarakan pada 2021 kerana rasuah.

Pejabat Peguam Negara (AGO) berkata Johnny ditahan pada Rabu kerana penglibatannya dalam perolehan peralatan yang diperlukan untuk membina ribuan menara perhubungan, yang menurut kementeriannya pada 2020 akan membawa Internet ke beribu-ribu kampung.

Menteri itu ditangkap "sebagai pengguna belanjawan dan sebagai menteri", kata pegawai AGO, Encik Kuntadi, tanpa memperincikan peranan khusus menteri itu.

Seorang lagi pegawai, Encik Ketut Sumedana, berkata menteri itu didakwa melanggar undang-undang rasuah Indonesia yang membawa kepada hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Sebagai respons kepada penahanan itu, Kementerian Perhubungan dalam satu kenyataan menyatakan ia akan mematuhi proses undang-undang sedang perkhidmatan awamnya tidak akan terjejas oleh kes itu.

Selain itu, pejabat Presiden Widodo berkata penahanan itu di luar jangkaan.

"Pada banyak kesempatan, Presiden telah mengingatkan pegawai untuk bekerja secara berhati-hati," kata Cik Jaleswari Pramodhawardhani, seorang pegawai di pejabat presiden.

Dalam kes rasuah tersebut, wang yang terlibat adalah kira-kira 8 trilion rupiah ($722 juta) dalam kerugian negara, kata AGO.

Menurut pemantau rasuah global Transparency International, Indonesia turun empat mata pada indeks persepsi rasuahnya pada 2022, kepada 110 daripada 180 negara. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg