Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Kesihatan G-20 tegas akses vaksin yang adil, kerjasama global

Sep 07, 2021 | 05:30 AM



ROME: Menteri Kesihatan dari ekonomi terbesar dunia menekankan pentingnya akses setara bagi vaksin di semua negara tidak kira kaya atau miskin dan untuk mempertingkat kerjasama global untuk mengawal pandemik Covid-19.



Mesyuarat Menteri Kesihatan Kumpulan 20 (G-20) di Rome bertujuan untuk menilai kesan pandemik ini terhadap usaha global membasmi kemiskinan dan penyakit, serta mencari jalan untuk mengatasi krisis kesihatan ini dan untuk mencegah pandemik masa depan.



Italy merupakan pengerusi bagi G-20 tahun ini, yang menghimpunkan 19 negara dengan ekonomi terbesar, maju dan membangun, Kesatuan Eropah (EU) dan juga pertubuhan antarabangsa dan tetamu yang diundang.



Menteri Kesihatan Singapura Ong Ye Kung turut hadir.



Singapura telah menghadiri mesyuarat G-20 tahun ini sebagai negara undangan Italy.



Berucap semasa mesyuarat itu, Menteri Kesihatan Italy Roberto Speranza berkata mesyuarat tersebut merupakan wadah untuk mengukuhkan hubungan antarabangsa and berusaha untuk memastikan pengagihan vaksin Covid-19 yang lebih adil.



Setiausaha agung Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang turut hadir, telah menggesa negara maju untuk melambatkan suntikan penggalak, atau 'booster', supaya negara yang lebih miskin boleh menjalankan program vaksinasi mereka.



Beliau berkata dalam kiriman di Twitter: "Jika ada yang ketinggalan, semua negara akan terjejas."



Tambahnya: "Untuk mencapai ekuiti vaksin, negara-negara makmur harus memastikan bahawa lebihan vaksin Covid-19 dalam simpanan dan yang dipesan disediakan secepat mungkin kepada pekerja kesihatan dan mereka yang memerlukan seluruh dunia."



Ketua Pengarah Organisasi Makanan dan Agrikultur Qu Dongyu berkata respons yang wajar terhadap Covid-19 melibatkan kerjasama yang erat rentas sempadan, sektor dan disiplin.



"Kami berada di peringkat bersejarah untuk memulakan langkah yang diperlukan untuk mencegah wabak masa depan," katanya, sambil menekankan bahawa pandemik biasanya akan menjejas sistem agri-makanan dengan cara yang akan memberi kesan jangka panjang.



Menteri G-20 juga telah berikrar untuk mengambil lebih banyak tindakan untuk mengatasi kesan pandemik ini terhadap kesihatan mental, menurut kenyataannya yang dilaporkan Bloomberg.



Menteri-menteri juga mengiktiraf kesan krisis kesihatan tersebut - dari pengasingan hingga pengangguran dan juga terhadap keselamatan makanan, dan menambah pandemik itu telah mendedah jurang yang wujud dalam sistem kesihatan mental.



Ia juga meninggalkan kesan yang tidak seimbang kepada beberapa golongan, termasuk wanita, warga emas, mereka yang kurang upaya serta golongan miskin, menurut kenyataan itu.



Menteri-menteri juga berikrar untuk mempertingkat akses kepada perkhidmatan dan untuk memastikan kesihatan mental dirangkumkan di bawah sistem penjagaan kesihatan negara yang lebih meluas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >