Menteri Kesihatan negara G-20 lakar tindakan tangani Covid-19
Premium
Menteri Kesihatan negara G-20 lakar tindakan tangani Covid-19
Apr 21, 2020 | 5:30 AM
SIDANG MAYA: Menteri Kesihatan negara G-20 mengadakan mesyuarat maya menteri kesihatan G-20 yang dipengerusikan Arab Saudi mengenai pandemik Covid-19 kelmarin. - Foto AFP -
RIYADH: Menteri kesihatan daripada Kumpulan 20 (G-20) ekonomi besar dunia membincangkan kelemahan dalam sistem kesihatan sehingga menjadikan dunia terjejas kepada penularan koronavirus Covid-19.
Dalam satu kenyataan selepas satu mesyuarat maya kelmarin, sekretariat G-20 Arab Saudi menyatakan kumpulan menteri itu berkongsi pengalaman negara masing-masing, mengetengahkan tindakan perlu untuk meningkatkan kesediaan serta membincangkan kelemahan sistematik yang didedahkan oleh pandemik itu.

