Topik diikuti
Pergi ke BHkuMenteri luar Asean bincang isu Rakhine

BINCANG HURAIAN: Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan (lima dari kiri) bersama menteri luar Asean menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Luar ASEAN (IAMM) di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York. - Foto MFA
Sep 26, 2017 | 5:30 AM
Menteri luar Asean bincang isu Rakhine
MENTERI Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Luar ASEAN (IAMM) di mana mereka membincangkan perbincangan serantau, termasuk keadaan terkini di Rakhine, Myanmar.
Menteri-Menteri Luar Asean juga mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres dan Presiden Perhimpunan Agung PBB, Encik Miroslav Lajak, pada Sabtu lalu, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan semalam.