SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Menteri Malaysia Zuraida Kamaruddin kata beliau tidak pernah dakwa dirinya lulusan NUS

Menteri Malaysia Zuraida Kamaruddin kata beliau tidak pernah dakwa dirinya lulusan NUS

Feb 10, 2019 | 2:12 PM

Menteri Malaysia Zuraida Kamaruddin kata beliau tidak pernah dakwa dirinya lulusan NUS

Ijazah sains Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Cik Zuraida Kamaruddin, dari NUS dipersoalkan oleh seorang pengguna Twitter.
Ijazah sains Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Cik Zuraida Kamaruddin, dari NUS dipersoalkan oleh seorang pengguna Twitter. - IQBAL FAIZAL

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Cik Zuraida Kamaruddin menegaskan beliau bukanlah seorang lulusan Universiti Nasional Singapura (NUS) seperti didakwa pelbagai pihak.

Cik Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang itu juga tidak pernah menyatakan malah mendakwa dirinya lulusan NUS serta tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana individu untuk berbuat sedemikian.

"Saya juga tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kemasukan maklumat tidak benar dalam Wikipedia yang mendakwa saya adalah kelulusan universiti tersebut," katanya dalam kenyataan semalam (9 Feb).

Selepas isu melibatkan 'sijil palsu' Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya heboh diperkatakan, perkara tersebut terus mendapat perhatian pengguna Internet apabila mereka mula 'menyiasat' sendiri beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain.

Isu tersebut menjadi hangat apabila Datuk Marzuki yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu pada awalnya dikatakan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Cambridge, England.

Beliau kemudian menjelaskan ijazah beliau adalah dari Universiti Antarabangsa Cambridge yang berpusat di Amerika Syarikat. - Utusan Malaysia

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg