Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri M'sia Hamzah Zainudin positif Covid-19

Jan 12, 2021 | 08:08 PM



KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan dijangkiti Covid-19.



Menurut satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Selasa (12 Januari), Datuk Seri Hamzah akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Sehubungan itu, semua kontak rapat beliau telah dimohon tampil ke pusat saringan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk melakukan saringan Covid-19, bermula 8 hingga 11 Januari lalu, lapor laman Astro Awani.



"Datuk Seri Hamzah Zainudin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan kepada beliau dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul atas perkembangan ini," jelas kenyataan media itu lagi.



Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun antara yang disahkan positif Covid-19. - Astro Awani




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >