Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri M’sia: Langkah segera sudah dilaksana bagi hadapi banjir

Oct 06, 2022 | 06:00 PM



KUALA LUMPUR: Huraian jangka pendek dengan kos rendah tetapi berkesan, sedang dilaksanakan bagi menghadapi musim tengkujuh timur-laut bulan depan, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.


Beliau berkata pelaksanaan itu termasuk pembersihan saliran air, pengorekan dasar sungai bagi mengurangkan kesan banjir.


Antara lain, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), turut menyiapkan 284 pam air, 203 buah kenderaan, 35 bot, 995 stesen pemantauan cuaca di Semenanjung Malaysia dan 317 stesen yang sama di Sabah, Sarawak dan Labuan.


Terdapat juga 526 semboyan amaran, 77 buah kamera, 605 alat pengukur paras air sungai dan 966 alat mengukur paras banjir.


“Langkah jangka panjang pemerintah untuk mengurangkan risiko banjir di seluruh negara, melalui pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB), akan diteruskan.


“Sejumlah 100 projek RTB bernilai RM10.53 bilion (S$3.23 bilion) telah diluluskan di bawah Rancangann Malaysia Ke-12 dan sedang dilaksanakan di serluruh negara,” kata Datuk Tuan Ibrahim memaklumkan kepada Parlimen pada Rabu (5 Okt). - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >