Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri M'sia Mustapa Mohamed positif Covid-19

Jan 10, 2021 | 05:15 PM



KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, disahkan positif Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan pada Sabtu malam (9 Januari).



Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Ahad (10 Januari)



Menurut kenyataan itu lagi, Ahli Parlimen Jeli itu telah menjalani saringan Covid-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi Sabtu.



"Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan pada pukul 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaannya stabil.



"Pada 1 Januari 2021 beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya adalah negatif," jelas kenyataan itu.



Dalam pada itu, Datuk Seri Mustapa memohon maaf di atas kesulitan yang timbul.



"Datuk Seri Mustapa memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada perkara ini dan memohon agar semua pihak berdoa kepada Allah SWT memudahkan urusan kita semua," jelas kenyataan itu lagi. - Astro Awani




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >