Premium
Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee letak jawatan
Media lapor beberapa timbalan menteri akan digantikan dalam rombakan Kabinet
Jan 3, 2020 | 5:30 AM
DR MASZLEE: Dianggap sebagai menteri Kabinet paling kurang disenangi berdasar laporan media di Malaysia. -
MENTERI Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik, meletak jawatan semalam, meneruskan spekulasi bahawa beliau diminta mengundur diri menjelang rombakan kecil Kabinet.
Dr Maszlee, 45 tahun, yang menganggotai majlis agung Parti Pribumi Bersatu - yang dimulakan Perdana Menteri Mahathir Mohamad - mengumumkan keputusannya meletak jawatan pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya.

