Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri Pengangkutan M'sia: Beri ruang kepada pakar selesaikan isu sistem pendaratan Lapangan Terbang Seletar

Dec 13, 2018 | 5:33 PM
ISU SISTEM PENDARATAN: Isu tentang ILS ini timbul apabila Malaysia mendedahkan bahawa Singapura telah mengeluarkan prosedur ILS baru bagi Lapangan Terbang Seletar.
ISU SISTEM PENDARATAN: Isu tentang ILS ini timbul apabila Malaysia mendedahkan bahawa Singapura telah mengeluarkan prosedur ILS baru bagi Lapangan Terbang Seletar. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke menggesa agar ruang diberi kepada pakar teknikal Malaysia dan Singapura untuk menyelesaikan isu tentang Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Seletar hari ini (13 Disember).

"Apa yang telah diperkatakan (tentang isu ILS) sudah mencukupi. Kami sudah menyatakan apa yang kami ingin katakan.

"Kami juga telah menghasilkan video untuk menerangkan kedudukan kami. Saya rasa ini amat jelas.

"Berhubung sebarang pertimbangan teknikal, saya rasa saya akan membiarkan pakar teknikal kedua-dua negara membincangkannya," ujarnya.

Encik Loke sebelum ini berkata Malaysia tidak setuju dengan laluan penerbangan baru bagi Lapangan Terbang Seletar kerana ia akan membantutkan pembangunan di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg