Menteri pengangkutan Taiwan, Lin Chia-lung berkata beliau tidak akan mengelak tanggungjawab di atas kemalangan kereta api walaupun tawarannya meletak jawatan telah ditolak, di tengah-tengah persoalan yang memuncak mengenai kelemahan keselamatan yang menyumbang kepada nahas itu.
Dalam kemalangan kereta api paling buruk sejak tujuh dekad, seramai 51 orang disahkan mati selepas kereta api itu berlanggar dengan sebuah lori di bandar timur, Hualien pada Jumaat.
Bercakap di tapak kemalangan pada Sabtu (4 April) Encik Lin menegaskan bahawa beliau tidak akan mengelak tanggungjawabnya, kata agensi berita.
“Saya juga bertanggungjawab mengurangkan kerosakan disebabkan oleh seluruh kemalangan itu. Setelah semua kerja menyelamat selesai, saya percaya yang saya akan memikul tanggungjawab ini,” ujar beliau.
Pejabat Pemimpin Taiwan, Su Tseng-chang berkata Encik Lin telah menawarkan untuk mengundurkan diri pada Sabtu (3 April) namun Encik Su menolaknya buat sementara waktu kerana tumpuan perlu diberikan kepada usaha menyelamat.