Menteri, pengawal Duterte disuntik vaksin sebelum kelulusan penguasa kesihatan, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:33
Maghrib
7:16
Isyak
8:28
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

COVID-19

Menteri, pengawal Duterte disuntik vaksin sebelum kelulusan penguasa kesihatan

Dec 30, 2020 | 05:30 AM

MANILA: Menteri Kanan Presiden Rodrigo Duterte dan pegawai keselamatannya sudah diberi suntikan vaksin Covid-19 yang belum diluluskan penguasa setempat.

"Saya tahu beberapa ahli Kabinet dari PSG (Kumpulan Keselamatan Presiden) telah diberi suntikan," kata Menteri Dalam Negeri Eduardo Ano.

Encik Ano, yang merupakan sebahagian pasukan bertindak koronavirus itu berkata demikian semasa wawancara radio kelmarin, lapor The Straits Times.

Namun, Encik Ano menambah bahawa Encik Duterte sendiri belum disuntik.

Setelah berita mengenai vaksinasi massa awal itu disiarkan, Kementerian Kesihatan mengeluarkan peringatan agar tidak menggunakan vaksin tanpa izin.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ini menyebabkan huru-hara pada program vaksinasi Filipina.

Encik Ano tidak mendedahkan vaksin yang digunakan tetapi berkata ia telah mendapat kebenaran penggunaan kecemasan di luar negara.

Dalam satu sidang akhbar, jurucakap Encik Duterte, Encik Harry Roque, mengatakan bahawa anggota tentera merupakan antara yang diberi vaksin itu yang dihasilkan oleh syarikat China, Sinopharm.

Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana kemudian mendedahkan bahawa mereka adalah pegawai lelaki dan wanita yang telah ditugaskan sebagai pengawal peribadi Encik Duterte.

Vaksin Sinopharm masih belum diluluskan oleh penguasa dan pengeluarnya, bahkan masih belum memohon kebenaran penggunaan kecemasan bagi vaksin tersebut di Filipina.

Encik Roque berkata vaksin itu "selamat".

Beliau menambah bahawa ia sudah pun dibenarkan bagi penggunaan kecemasan di Amiriah Arab Bersatu yang telah menilainya sebagai 86 peratus efektif.

Vaksin itu juga sudah digunakan secara meluas di China.

Encik Roque menambah bahawa vaksin yang telah diizinkan untuk penggunaan kecemasan di negara lain, termasuk Pfizer dan Moderna, juga selamat digunakan di Filipina.

Izin daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Filipina (FDA) hanya diperlukan untuk membenarkan pengedaran dan penjualan vaksin secara komersial, kata beliau lagi.

Tiada siapa yang boleh menjual atau mengedar vaksin tanpa kelulusan FDA, tetapi mereka yang boleh mendapatkannya sendiri boleh memberi suntikan tersebut pada diri sendiri tanpa didakwa di sisi undang-undang, katanya.

"Undang-undang tidak menghalang sesiapa sahaja daripada mendapatkan suntikan vaksin yang tidak berdaftar," kata Encik Roque.

Namun, FDA mengeluarkan kenyataan yang memberi nasihat tegas agar tidak menggunakan vaksin yang tidak dikawal.

"Tanpa kebenaran betul, tiada jaminan keselamatan, kualiti dan keberkesanan vaksin tersebut kerana ia belum menjalani penilaian teknikal yang dilakukan oleh FDA," jelas ketua agensi tersebut, Dr Eric Domingo.

Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan berkata:

"Penggunaan produk tidak berdaftar mendatangkan bahaya kepada kesihatan dan keselamatan seseorang.

"Itu sebabnya mengapa hanya vaksin yang telah diluluskan dan didapati selamat boleh diberikan."

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map