Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Menu Rahmah' bagi bantu warga M'sia tangani kos tinggi

Program tawar menu asas pada harga RM5 sepinggan; cabaran kini dorong lebih banyak pemilik niaga tawar menu serupa
Feb 08, 2023 | 05:30 AM



BARU-BARU ini, Encik Kamarulzaman Salleh membayar harga sepinggan nasi bersama ikan, sayur dan separuh telur masin mencecah hingga RM14.80 ($4.55) tidak termasuk minuman.



Sebelum ini, beliau, seorang pesara, hanya perlu membayar sekitar RM10.30 bagi makanan yang sama di gerai makan yang terletak di Petaling Jaya.



"Harga makan telah naik sejak akhir-akhir ini... harga meningkat sehingga 30 peratus daripada harga sebelum ini."



Namun sejak Selasa lalu, beliau dan juga warga Malaysia lain boleh menarik nafas lega menikmati harga makanan serendah RM5 menerusi program Menu Rahmah.



Rakyat Malaysia khususnya golongan dalam kumpulan pendapatan 40 peratus paling bawah (B40) boleh menikmati makanan tengah hari dan malam masing-masing pada harga RM5 di hampir 15,000 premis makanan di serata negara melalui program Menu Rahmah.



Menu Rahmah adalah hidangan seimbang yang merangkumi nasi, satu pilihan protein iaitu ayam atau ikan, serta sayuran yang ditawarkan untuk membantu golongan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.



Program ini diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan menerusi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.



Melalui ciapannya di Twitter, Datuk Salahuddin menyatakan kesyukuran apabila mendapati beberapa restoran terkemuka turut menyambut baik inisiatif berkenaan.



Selain Pasar Raya Mydin yang menyediakan poster menu yang ditawarkan, rata-rata kebanyakan restoran tidak menggantungkan atau membuat promosi program yang ditujukan kepada golongan kurang kemampuan.



Kebanyakan pengusaha restoran semasa ditemui Berita Harian (BH) bagaimanapun berkata mereka tidak mengetahui mengenai menu di bawah program baru itu walaupun tujuh persatuan antaranya Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) serta Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia bersetuju menjayakan program tersebut.



Pelaksanaan program juga membabitkan ahli Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA), Persatuan Peruncit Bumiputra Malaysia (BRO), Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) dan Persatuan Peruncit Malaysia (MRA).



Sebuah restoran di Kota Damansara, Petaling Jaya, masih menjual nasi bersama seketul ayam tanpa sayur dengan harga RM6 manakala sebuah restoran di Bukit Beruntung, Rawang, menjual nasi, ayam seketul dan sayur pada harga RM8.50.



Apabila ditanya kenapa tidak ada Menu Rahmah, jurucakap restoran tersebut memberitahu mereka tidak tahu-menahu mengenai program yang dilancarkan oleh kerajaan itu.



Begitu juga mereka tidak dimaklumkan oleh persatuan masing-masing mengenai program itu dan setakat ini tidak ada sebarang risalah atau poster program diberi kepada mereka.



Sebelum ini, Presiden Presma, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, berkata pihaknya bersedia sepenuhnya memenuhi cadangan Menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan.



Menurut Datuk Jawahar, kebanyakan persatuan peniaga melihat usaha kerajaan agar kedai-kedai makan memperkenalkan Menu Rahmah dengan harga serendah RM5 sebagai satu usaha kebajikan dan tanggungjawab sosial.



Bagi Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, pihaknya komited untuk memastikan semua pengusaha makanan di pasar rayanya di serata negara menyediakan Menu Rahmah, untuk tempoh tiga bulan dan diteruskan jika keadaan mengizinkan.



Bagi anak bujang yang baru bekerja dan terpaksa makan di luar, menyambut baik usaha kerajaan yang begitu mengambil berat kebajikan rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan seperti beliau.



"Menu yang disediakan itu berpatutan dan kandungan makanan itu seimbang dari segi zatnya sesuai untuk kesihatan golongan B40," kata Encik Muhd Sufi kepada BH.



Bagi Cik Siti Khairani Muhd yang juga makan tengah hari dan malam di luar, menyifatkan menu tersebut boleh membantunya mengurangkan perbelanjaan makanan.



"Sebelum ini makanan yang saya beli itu sekali ganda daripada yang ditawarkan oleh Menu Rahmah, jadi alhamdulillah dapatlah menabung selepas ini," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >