BERLIN: Canselor Jerman, Dr Angela Merkel, dijadual mengadakan perbincangan dengan majlis keselamatan negara itu semalam bagi menangani kejadian tembakan rambang di Munich, kata ketua kakitangannya.
Encik Peter Altmaier memberitahu televisyen awam Jerman ZDF bahawa Dr Merkel sedang "sentiasa diberi taklimat" mengenai perkembangan kejadian di bandar selatan itu.