Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, Mesir runding isu Gaza

May 26, 2021 | 05:30 AM



KAHIRAH: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah menghubungi Presiden Mesir, Encik Abdelfattah al-Sisi, kelmarin untuk membincangkan tentang pengukuhan gencatan senjata di Gaza, bantuan kemanusiaan segera dan usaha pembinaan semula antarabangsa.



Kedua-dua pemimpin itu juga membincangkan cara menghidupkan semula proses damai antara penduduk Israel dan Palestin berikutan gelombang keganasan terbaru, menurut kenyataan presiden Mesir itu.



Gencatan senjata itu, yang kini memasuki hari kelima, merupakan daya usaha Mesir.



"Encik Biden menegaskan tekad negaranya dalam usaha untuk mengembalikan ketenangan dan memulihkan keadaan seperti sediakala di wilayah Palestin, serta menyelaras usaha dengan semua rakan antarabangsa untuk menyokong pihak berkuasa Palestin serta pembinaan semula," kata kenyataan itu.



Di Washington, Rumah Putih berkata dalam satu kenyataan bahawa Encik Biden mengucapkan terima kasih kepada Mesir ke atas "diplomasi dan koordinasi yang berjaya" dalam mengakhiri keganasan yang berlaku.



Encik Biden dan Encik Sisi membincangkan keperluan mendesak untuk memberikan bantuan kemanusiaan di Gaza dan menyokong usaha membangunkan kembali "dengan cara yang menguntungkan masyarakat di sana dan bukan Hamas", tambah kenyataan tersebut.



Encik Sisi dan Encik Biden juga membincangkan tentang hak asasi manusia di Mesir dan "komitmen mereka untuk terlibat dalam dialog yang telus... dalam hal ini", tambahnya.



Presiden Amerika itu turut "menekankan pentingnya dialog konstruktif mengenai hak asasi manusia di Mesir", menurut kenyataan Rumah Putih.



Encik Sisi, yang menggulingkan Ikhwanul Muslimin dari kuasa pada 2013, telah mengawasi tindakan keras terhadap perbezaan pendapat politik yang terus diperketat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.



Beliau berkata tidak ada tahanan politik di Mesir dan kestabilan dan keamanan adalah yang terpenting. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >