Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mesir temui bandar, perkuburan berusia lebih 7,000 tahun

Nov 24, 2016 | 03:19 PM



KAHERAH: Mesir telah menemui sebuah bandar dan tanah perkuburan purba berusia lebih 7,000 tahun hingga ke Dinasti Pertamanya, di wilayah selatan Sohag, kata Kementerian Purba.

Penemuan itu boleh menjadi rahmat bagi industri pelancongan Mesir yang bermasalah, yang mengalami kejatuhan tidak berkesudahan sejak pemberontakan yang menggulingkan presiden Hosni Mubarak pada 2011, tetapi kekal sebagai sumber penting mata wang asing.

Bandar purba itu mungkin menampung pegawai berpangkat tinggi dan pembina kubur. Penemuannya boleh menghasilkan pandangan baru mengenai Abydos, salah sebuah bandar tertua di Mesir Purba, kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Rabu (23 Nov).

Para pakar berkata Abydos ibu kota Mesir pada akhir Zaman Pradinasti dan semasa pemerintahan empat dinasti pertamanya.

Penemuan itu dibuat 400m dari kuil Seti I, sebuah memorial tempoh Kerajaan Baru di Sungai Nil yang bertentangan bandar Luxor sekarang.

Ahli arkeologi setakat ini telah menemui pondok, peninggalan tembikar dan perkakas besi dan juga 15 kubur besar, sebahagian daripadanya lebih besar daripada kubur raja-raja di Abydos, kata kementerian itu.

"Saiz kubur yang ditemui di tanah perkuburan itu lebih besar dalam keadaan tertentu daripada kubur diraja di Abydos yang berusia hingga ke Dinasti Pertama, yang membuktikan kedudukan penting orang yang dikebumikan di situ dan kedudukan sosial tinggi mereka semasa era awal dalam sejarah Mesir purba," ujar kementerian itu.

Industri pelancongan Mesir bergelut untuk pulih sejak pengeboman pesawat Russia yang membawa 224 orang dari sebuah resort Laut Merah pada Oktober 2015.

Lebih 14.7 juta pelancong melawat Mesir pada 2010, tetapi jumlah itu jatuh kepada 9.8 juta pada 2011.

Pada suku pertama 2016, hanya 1.2 juta pelancong berkunjung ke Mesir, berkurangan daripada 2.2 juta pada 2015. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >