KUALA LUMPUR: Menteri Ehwal Ekonomi Malaysia Mohamed Azmin Ali berkata hari ini bahawa beliau telah mengadakan "menyuarat positif" dengan pegawai Singapura dalam kunjungannya hujung minggu lalu.

Beliau menyatakan bahawa mesyuarat rasmi untuk membincangkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur akan berlangsung Ogos.

Datuk Seri Mohamed Azmin berkata beliau ke Singapura untuk melawat Menteri Ehwal Dalam Negeri Malaysia Muhyiddin Yassin, yang kini beransur pulih di hospital swasta di Singapura selepas menjalani pembedahan untuk mengeuarkan tumor di pankreas.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengan beberapa pegawai kanan di Singapura untuk membincangkan projek HSR, tetapi saya akan mengeluarkan satu kenyataan nanti.

"Mesyuarat itu sangat positif," katanya di luar parlimen hari ini.

Minggu lalu, pemerintah Singapura berkata ia telah menerima surat daripada Encik Mohamed Azmin bertarikh 23 Julai, menyatakan bahawa kerajaan Malaysia sedang meneliti butiran projek HSR dan akan memulakan perbincangan dengan republik itu tidak lama lagi.