SPH Logo mobile
Langgan|

Meta Platforms rancang buang pekerja lagi

Meta Platforms rancang buang pekerja lagi

Mar 8, 2023 | 5:30 AM

Meta Platforms rancang buang pekerja lagi

PEMBERHENTIAN KERJA: Dalam pusingan pembuangan pekerja sebelum ini, Meta memberhentikan 11,000 pekerja - yang dianggapnya pemberhentian pekerja terbesar pertamanya. - Foto REUTERS
PEMBERHENTIAN KERJA: Dalam pusingan pembuangan pekerja sebelum ini, Meta memberhentikan 11,000 pekerja - yang dianggapnya pemberhentian pekerja terbesar pertamanya. - Foto REUTERS -

SAN FRANCISCO: Meta Platforms, pemilik Facebook dan Instagram, sedang merancang untuk memberhentikan pekerja sekali lagi seawal minggu ini, menurut mereka yang mengetahui akan perkara tersebut.

Syarikat rangkaian sosial terbesar dunia itu akan menutup lebih banyak pekerjaan, selain pengurangan 13 peratus pada November lalu, dalam usaha menjadi sebuah pertubuhan yang lebih cekap.

Dalam pusingan pembuangan pekerja sebelum ini, Meta memberhentikan 11,000 pekerja - yang dianggapnya pemberhentian pekerja terbesar pertamanya.

Syarikat itu juga sedang berusaha mengurangkan kakitangan, memberikan pakej pemberhentian kepada pekerja dan memberhentikan pasukan yang dianggap tidak penting.

Bloomberg News melaporkan pada Februari bahawa langkah tersebut sedang ditetapkan dan mungkin menjejas ribuan kakitangan.

Pusingan pembuangan pekerja terbaru itu didorong oleh sasaran kewangan dan berasingan daripada langkah mengurangkan jawatan, kata mereka yang ditemui.

Meta, yang telah menyaksikan kemerosotan dalam pendapatannya telah mengalihkan fokus kepada platform realiti maya yang diberi nama metaverse, dan telah meminta pengarah serta naib presidennya untuk menyenaraikan kakitangan yang boleh diberhentikan, kata mereka.

Seorang jurucakap Meta enggan memberikan komen mengenai rancangan itu pada Isnin.

Fasa pemberhentian kerja ini mungkin dapat ditetapkan minggu depan, menurut sumber.

Mereka yang membuat perancangan tersebut diharap untuk menyediakannya sebelum ketua pegawai eksekutif, Encik Mark Zuckerberg, pergi bercuti selepas mendapat anak ketiganya, kata seorang yang ditemui.

Pemberhentian kerja pada November lalu sememangnya mengejutkan namun pemberhentian selanjutnya memang sudah dijangkakan pasukan tenaga kerja Meta.

Encik Zuckerberg menganggap 2023 sebagai tahun kecekapan buat Meta dan syarikat tersebut telah berkomunikasi tentang tema tersebut kepada kakitangannya semasa penilaian kelakonan pekerjaan, yang diselesaikan minggu lalu, kata sumber tersebut.

Para pekerja di Menlo Park, pangkalan Meta di California, menganggap rasa cemas dan moral yang rendah amat dirasakan kakitangan sejak kebelakangan ini.

Sesetengah pekerja melahirkan kebimbangan tentang sekiranya mereka dibuang kerja sebelum diberi bonus, yang dijadual diagih pada Mac, kata sumber. - Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg