Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KRISIS ROHINGYA DI MYANMAR

MFA: Singapura sedia sokong bantuan kemanusiaan Asean

Sep 09, 2017 | 05:30 AM



SINGAPURA bersedia menyokong usaha Asean memberi bantuan kemanusiaan kepada orang yang terjejas di Rakhine, selaras prinsip Piagam Asean.



Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata:



"Keadaan di Myanmar memberi kesan kepada semua negara Asean. Kami sedia bekerjasama dengan pemerintah Myanmar untuk menyokong usaha memulihkan keamanan dan kestabilan. Itu kepentingan bersama kami bagi rantau ini."



MFA turut berkata antara lain Persatuan Palang Merah Singapura telah melancarkan usaha mengumpul dana buat masyarakat terjejas.



Menurut MFA, derma akan digunakan bagi menyediakan bantuan kemanusiaan kepada semua yang terjejas, tanpa mengira bangsa atau agama.



"Semua pihak yang terlibat mesti mengelak tindakan yang akan memburukkan lagi keadaan dan bekerjasama memupuk penyelesaian yang berdaya maju dan berjangka panjang.



"Ini supaya masyarakat yang terjejas dapat membina semula kehidupan,'' kata MFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >