Topik diikuti
Pergi ke BHkuMFA: Tiada laporan penumpang Singapura dalam pesawat Lion Air yang terhempas
MFA: Tiada laporan penumpang Singapura dalam pesawat Lion Air yang terhempas
MFA: Tiada laporan penumpang Singapura dalam pesawat Lion Air yang terhempas
Pasukan penyelamat Indonesia membawa keluar mayat mangsa pesawat Lion Air yang terhempas. Foto: EPA-EFE -
Oct 29, 2018 | 6:37 PM
KEMENTERIAN Ehwal Luar Singapura (MFA) berkata bahawa sejauh ini, tiada laporan mengenai warga Singapura yang berada dalam pesawat Lion Air yang terhempas pagi ini di Karawang, Jawa Barat.
Pesawat JT610 terhempas beberapa minit selepas berlepas daripada Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.
Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan bahawa pesawat tersebut telah meninggalkan lapangan terbang itu mengikut jadual pada 6.20 pagi waktu tempatan, namun tidak dapat dihubungi kawalan trafik udara sekitar 13 minit selepas itu.
Terdapat seramai 189 penumpang di atas pesawat tersebut.
