Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MH370: Pesawat mungkin 'meluncur turun, tidak terjunam'

Jul 22, 2016 | 08:29 AM



SYDNEY : Pakar operasi mencari syarikat Belanda yang mencari bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 berkata mereka percaya pesawat itu mungkin meluncur menurun dan tidak terjunam pada saat-saat akhir - bermakna mereka mencari di tempat salah selama dua tahun.



Pesawat penerbangan MH370 itu hilang pada Mac 2014 dengan 239 penumpang, kebanyakan dari China, dan anak kapal dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.



Operasi mencari yang diketuai kumpulan kejuruteraan daripada Fugro telah meniliti kawasan seluas lebih kurang Greece selama dua tahun, iaitu lebih 120,000 km persegi di selatan Lautan Hindi di luar pantai Australia Barat.



Ia dijangka berakhir dalam tempoh tiga bulan dan mungkin dihentikan selepas itu, setelah satu mesyuarat negara utama yang terlibat - Malaysia, China dan Australia - pada Jumaat (22 Jul).



Tiga negara itu bersetuju pada April tahun lepas jika pesawat tersebut tidak berada dalam kawasan carian, dan jika tiada sembarang bukti baru yang boleh dipercayai, kawasan carian tidak akan diluaskan.



Setakat ini, tiada apa yang dijumpai.



"Jika ia tidak ada di situ, itu bermakna ia berada di tempat lain," kata pengarah projek Fugro, Encik Paul Kennedy.



Beliau tidak menolak ada kemungkinan-kemungkinan besar yang boleh membuat pesawat itu mustahil dikesan di zon carian tersebut, dan masih berharap untuk menemuinya.



Bagaimanapun, beliau dan pasukannya berhujah pilihan lain ialah pesawat itu meluncur ke bawah - bermakna ia dikendalikan hingga ke saat akhir - dan oleh itu melewati kawasan yang ditandakan oleh kiraan daripada imej satelit.



"Jika ia dikendalikan, ia boleh meluncur jauh," kata Encik Kennedy.



Seorang juruterbang mahir boleh meluncurkan pesawat kira-kira 193km dari ketinggiannya selepas kehabisan minyak, ujar beliau.



Hipotesis Fugro bahawa pesawat itu mungkin meluncur secara terkawal adalah kali pertama para pegawai menyokong teori bahwa seseorang mengawal pesawat tersebut semasa saat-saat akhir penerbangannya.



Sejak kemalangan itu, terdapat teori bertentangan apakah seorang atau kedua-dua atau tidak seorang pun juruterbang mengawal pesawat itu; apakah ia telah dirampas; atau apakah semua orang di dalam pesawat itu terkorban dan ia tidak dikawal sama sekali apabila ia terhempas ke dalam laut.



Menambah kepada misteri itu, penyiasat percaya seseorang mungkin sengaja mematikan transponder pesawat tersebut sebelum mengalihkan penerbangannya.



Teori meluncur tidak disokong agensi menyiasat: syarikat Boeing Amerika, syarikat Thales Perancis, penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat, syarikat satelit British Inmarsat, Kemalangan Siasatan Kemalangan Udara Britain, dan Pertubuhan Sains Pertahanan dan Technology Australia.



Sembarang carian lanjut memerlukan pusingan pembiayaan baru daripada pemerintah China, Australia dan Malaysia, melebihi hampir A$180 juta ($182.7 juta) yang telah dibelanjakan, menjadikan ia carian paling mahal dalam sejarah penerbangan.



Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, agensi penyelaras carian, secara konsisten mempertahankan zon pencarian.



Ia tidak segera respon pada soalan apakah ia sedang menilai teori pesawat itu meluncur secara terkawal. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >