Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mid Valley Megamall KL ditutup selepas terbakar

May 18, 2023 | 5:30 AM
TERBAKAR: Sebuah bilik pencawang TNB di bangunan pusat beli-belah Mid Valley Megamall terbakar kira-kira pada Rabu, 10.30 pagi. - Foto BERNAMA
TERBAKAR: Sebuah bilik pencawang TNB di bangunan pusat beli-belah Mid Valley Megamall terbakar kira-kira pada Rabu, 10.30 pagi. - Foto BERNAMA -

KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah Mid Valley Megamall, ditutup sehingga tempoh yang belum ditetapkan susulan kebakaran membabitkan sebuah bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Rabu.

Pengurusan pusat beli-belah berkenaan dalam satu kenyataan berkata penutupan itu adalah sebagai langkah keselamatan membabitkan semua pihak sama ada pengunjung dan petugas di situ, selain bagi memastikan bekalan elektrik kembali pulih semula.

"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan ingin menegaskan bahawa keselamatan pengunjung dan tetamu tetap menjadi keutamaan kami," kata kenyataan itu menerusi akaun Facebook pusat beli-belah itu.

Berita Harian Malaysia melaporkan, sebuah bilik pencawang TNB di bangunan pusat beli-belah Mid Valley Megamall, terbakar kira-kira 10.30 pagi Rabu.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur mengesahkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 10.32 pagi dan pemeriksaan lanjut selepas itu mendapati bahawa tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

Lapan jentera dikerahkan ke lokasi kejadian, membabitkan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pantai, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Seputeh bersama 40 pegawai dan anggota.

Pengurusan Mid Valley Megamall dalam kenyataan berkenaan turut memaklumkan bahawa kebakaran berlaku di pencawang luar, namun keadaan terkawal dengan bantuan Pasukan Tindak Balas Kecemasan tanpa ada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tiba di tempat kejadian pada Rabu, 10.42 pagi untuk memadam api. Hingga 11.38 pagi, kami mengesahkan tiada sebarang kejadian kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat kini masih berada di tempat kejadian bagi memadam api dan sedang menjalankan semua siasatan yang diperlukan, serta mengawal keadaan premis tanpa gangguan terhadap operasi pusat membeli-belah," katanya.

Sementara itu TNB dalam kenyataannya berkata syarikat utiliti itu dapat memulihkan bekalan elektrik kepada sebahagian besar pengguna seawal empat minit selepas gangguan berlaku dan bekalan pulih sepenuhnya sekitar 12.30 tengah hari tadi. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg