DATU SALIBO (Filipina): Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) semalam mendakwa 10 anggotanya terbunuh dalam pertempuran bagi menghalang pengaruh militan yang menyokong IS, yang menurutnya semakin berkembang.

Seorang pemimpin MILF, Encik Mohagher Iqbal, berkata kumpulannya berusaha menghalang militan bertapak di Mindanao, yang juga kubu kuat MILF.