Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LINGKARAN ASIA

Militan asing di sebalik kekecohan Kazakhstan

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



ALMATY (Kazakhstan): Kazakhstan, sebuah negara di rantau Asia Tengah, telah berlaku kekacauan dan keganasan besar-besaran di beberapa kawasan negara itu baru-baru ini.



Kekacauan itu merupakan yang terburuk dalam sejarahnya, mengakibatkan ratusan orang terbunuh, ribuan cedera dan ramai lain diberkas.



Dilaporkan, bantahan itu berlaku ekoran kemarahan orang ramai terhadap kenaikan harga tenaga dan keperluan lain di negara itu.



Namun, Presiden Kazakhstan, Encik Kassym-Jomart Tokayev, mendakwa ada pihak militan dari Asia Tengah, Afghanistan dan Timur Tengah yang bertanggungjawab di sebalik keganasan berdarah itu.



"Saya tidak ragu-ragu bahawa ia serangan pengganas," kata beliau semasa memberitahu Presiden Majlis Eropah, Encik Charles Michel, melalui perbualan telefon.



Encik Tokayev menambah, serangan itu "tersusun dengan baik" dan melibatkan "pejuang asing" dari negara Asia Tengah, Afghanistan dan Timur Tengah.



Beliau menuduh pihak militan itu berusaha mewujudkan "zon huru-hara" untuk merampas kuasa.



Encik Tokayev juga memberi jaminan pasukan keselamatannya tidak akan menembak penunjuk perasaan aman.



"Militan bersenjata menunggu di sisi kumpulan bantahan. Matlamat utama adalah jelas: melemahkan Perlembagaan, memusnahkan institusi pemerintah dan rampasan kuasa.



"Ia adalah percubaan rampasan kuasa", katanya.



Presiden Kazakhstan itu memberitahu bahawa "tindakan keganasan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas negara itu" telah menyebabkan korban besar: 164 orang terbunuh, termasuk 16 anggota keselamatan dan tentera, lebih 1,300 cedera, dan lebih 7,900 telah ditangkap.



Selain itu, lebih 1,270 perniagaan terjejas di seluruh negara, dengan lebih 100 pusat membeli-belah dan bank dirompak dan kira-kira 500 kenderaan polis rosak atau terbakar, katanya, sambil menambah bahawa kerosakan ekonomi ditaksirkan AS$2-3 bilion ($2.71-4.06 bilion).



Berikutan permintaan daripada pemimpin Kazakhstan itu, satu pasukan Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) yang diketuai Russia telah dikerahkan merangkumi kira-kira 2,030 askar pengaman dan 250 peralatan bagi melindungi kemudahan utama di negara itu.



"Mereka akan kekal di Kazakhstan sehingga keadaan mantap sepenuhnya," terang Encik Tokayev.



Sementara itu, beberapa negara dan kumpulan telah menyuarakan sokongan kepada pemerintah Kazakhstan dalam membanteras keganasan dan memulihkan kehidupan.



CSTO, satu pakatan tentera yang diketuai Moscow, mengadakan satu sesi luar biasa melalui sidang video dengan pemimpin negara anggota menunjukkan sokongan kuat mereka kepada pihak berkuasa Kazakhstan.



Selain itu, Menteri Ehwal Luar China, Encik Wang Yi, juga mengadakan perbualan telefon dengan Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan merangkap Menteri Ehwal Luar, Encik Mukhtar Tleuberdi, untuk melahirkan sokongan China.



Sebagai rakan kerjasama strategik Kazakhstan, China bersedia menyokong negara Asia Tengah itu dalam mengekalkan kemantapan dan menghentikan keganasan pada saat genting demi masa depan Kazakhstan, kata Encik Wang.



Encik Michel dari Majlis Eropah pula berkata pihaknya menggariskan kepentingan mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai dengan latar belakang pelbagai tafsiran tentang apa yang berlaku di Kazakhstan.



"Kami menyokong kedaulatan dan integriti wilayah negara anda. Kami bersedia mengukuhkan lagi kerjasama dengan Kazakhstan," kata beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >