Topik diikuti
Pergi ke BHkuMilitan IS ikat dan gantung dua remaja Syria kerana tidak puasa

Jun 24, 2015 | 5:30 AM
Militan IS ikat dan gantung dua remaja Syria kerana tidak puasa
BEIRUT: Dua remaja diikat dan dibiar tergantung pada sebatang tiang oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) selepas dituduh tidak berpuasa.
Menurut Ketua Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Encik Rami Abdel Rahman, penduduk desa Mayadeen di Deir Ezzor itu melaporkan bahawa kejadian tersebut berlaku di ibu pejabat IS di Hissba.