Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Militan Taleban rampas balai polis, tahan anggota keselamatan sebagai tebusan

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



BANNU (Pakistan): Pihak berkuasa Pakistan semalam memulakan rundingan untuk cuba menyelesaikan perselisihan dengan pihak militan Taleban yang menahan beberapa anggota keselamatan sebagai tebusan selepas menguasai pusat memerangi pengganasan di barat laut negara itu sehari sebelumnya.



Pasukan keselamatan telah mengepung pusat yang digunakan untuk tujuan soal siasat itu - yang terletak berhampiran bandar Bannu - di mana kira-kira 20 pejuang daripada Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), kumpulan yang memayungi gerakan pemisah dipercayai bersembunyi.



Menurut jurucakap pemerintah wilayah itu, pihak militan menuntut laluan selamat ke Afghanistan.



"Kami sedang berunding dengan pemimpin pusat Taleban Pakistan di Afghanistan," kata Encik Mohammad Ali Saif, jurucakap kerajaan wilayah Khyber Pakhtunkhwa, kepada agensi berita Reuters.



Beliau berkata, saudara-mara militan juga terlibat dalam memulakan rundingan dengan militan di dalam kemudahan itu.



Sekurang-kurangnya seorang pegawai anti-keganasan telah dibunuh oleh militan, yang menurut pihak berkuasa telah merampas senjata semasa di bawah soal siasat.



Beberapa ahli TTP yang penting hadir di pusat itu, kata Encik Saif.



Beliau tidak menyatakan berapa ramai anggota keselamatan yang menjadi tebusan tetapi seorang pegawai perisikan memberitahu Reuters bahawa terdapat enam tebusan - empat daripada tentera dan dua daripada agensi anti-keganasan.



Dalam pada itu, sekurang-kurangnya empat pegawai polis Pakistan terbunuh dan empat lagi cedera parah dalam satu serangan kelmarin apabila suspek militan menyerang sebuah balai polis di barat laut negara yang masih huru hara itu.



Pegawai polis yang terbabit, Encik Nawaz Khan, berkata suspek menggunakan bom tangan dan senjata automatik dalam serangan di balai polis di daerah Lakki Marwat, sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.



Tambah beliau, polis yang bertugas bertindak balas dan sempat meminta bantuan sebelum penyerang melarikan diri kerana kehabisan peluru.



Polis sedang menjalankan siasatan rapi dan tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan setakat ini.



Sebelum ini, serangan terhadap polis di daerah itu didakwa dilakukan oleh TTP.



Bulan lalu, militan menyerang hendap polis peronda melakukan rondaan rutin, membunuh kesemua enam anggota polis dalam kenderaan di kawasan Dadewala di daerah Lakki Marwat.



Taleban Pakistan mengaku bertanggungjawab atas serangan hendap Dadewala di mana kumpulan militan itu berasingan tetapi bersekutu dengan Taleban Afghanistan.



Akhir bulan lalu, seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya berhampiran trak yang membawa anggota polis dalam perjalanan melindungi pekerja polio berhampiran Quetta, di barat daya Pakistan, membunuh seorang pegawai polis dan tiga ahli keluarga yang menaiki kereta berhampiran.



Pengeboman itu turut mencederakan 23 yang lain, kebanyakannya anggota polis. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >