Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mina dilanda banjir kilat

Aug 13, 2019 | 5:52 PM
BANJIR KILAT DI MINA: Hujan lebat di Mina menyebabkan khemah bocor dan bekalan elektrik terputus. -Foto YUSRI ABDUL MALEK
BANJIR KILAT DI MINA: Hujan lebat di Mina menyebabkan khemah bocor dan bekalan elektrik terputus. -Foto YUSRI ABDUL MALEK -

HUJAN lebat yang melanda sekitar kawasan khemah yang menempatkan hampir 2.5 juta jemaah haji untuk melaksanakan ibadah bermabit dan melontar di ketiga-tiga jamarat menyebabkan ada khemah yang bocor dan bekalan elektrik terputus.

Menurut laporan MyMetro Malaysia, hujan mulai lebat sekitar jam 4 petang (waktu tempatan) semalam (Isnin, 12 Ogos), ketika kebanyakan jemaah baru selesai menunaikan solat Asar di dalam khemah.

Cuaca pada sebelah pagi panas sehingga mencecah hampir 40 darjah Celsius, namun cuaca tiba-tiba mendung diikuti hujan lebat pada sebelah petang.

Banyak khemah yang bocor hingga menyebabkan permaidani yang digunakan untuk alas tidur basah.

Bekalan elektrik juga terputus, tetapi berjaya dipulihkan.

Keadaan basah itu menyebabkan ada jemaah yang terpaksa keluar dari khemah dan mencari kawasan lain untuk berteduh.

Hujan lebat turut berlaku ketika jemaah sedang berwukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah (Sabtu, 10 Ogos).

Walaupun hujan lebat dan berlaku limpahan air tetapi ia mulai surut sejam selepas hujan berhenti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg