Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TEKANAN DI SEMPADAN UKRAINE-RUSSIA

AS minta Majlis Keselamatan bincang 'tingkah mengancam' Russia atas Ukraine

Jan 29, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat telah meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertemu secara terbuka Isnin ini untuk membincangkan "tingkah laku mengancam" Russia terhadap Ukraine dan penambahan tenteranya di sempadan negara itu dan di Belarus.



Duta Besar Amerika ke PBB, Cik Linda Thomas-Greenfield, berkata Russia terlibat dalam tindakan menyebabkan ketidakstabilan yang ditujukan kepada Ukraine dan menimbulkan ancaman jelas kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa dan Piagam PBB.



"Ini bukan masa untuk tunggu dan lihat. Perhatian penuh Majlis Keselamatan diperlukan sekarang, dan kami berharap agar diadakan perbincangan secara langsung dan bermanfaat pada Isnin," kata Cik Greenfield dalam satu kenyataan.



Russia telah mengumpulkan kira-kira 100,000 tentera berhampiran sempadan dengan Ukraine, namun Moscow menafikan ia merancang melakukan serangan.



Beberapa pusingan rundingan telah berlangsung tanpa kejayaan tetapi kedua-dua pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang diketuai Amerika dan Russia telah membuka pintu untuk dialog selanjutnya.



Amerika dan Nato sebelum ini mengemukakan respons bertulis secara berasingan yang menolak tuntutan keselamatan dikemukakan Russia di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat jika Moscow meneruskan kempen pencerobohan ke atas Ukraine.



Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, Rabu lalu mengesahkan bahawa duta negara itu ke Russia, Encik John Sullivan, telah memberikan jawapan yang dijanjikan pada minggu lalu terhadap tuntutan Moscow yang mahukan jaminan bahawa Nato akan menghentikan kempen peluasan sayap timur mereka ke negara bekas Kesatuan Soviet.



Encik Blinken turut menegaskan, Washington bersama sekutunya tidak bersetuju dengan cadangan Moscow yang menggesa Nato menyekat proses kemasukan anggota baharu.



"Pintu pakatan tentera ini sentiasa terbuka. Kandungan surat tersebut menawarkan laluan diplomatik serius kepada Russia untuk menamatkan kebuntuan ini," jelasnya sambil menambah dokumen itu dengan jelas menzahirkan rasa khuatir terhadap tindakan Kremlin yang menjejas keselamatan di rantau berkenaan.



Setiausaha Agung Nato, Encik Jens Stoltenberg, berkata tindak balas bertulis mereka juga selari dengan Amerika.



"Kami sekali lagi menggesa Russia supaya meredakan situasi. Kami percaya ketegangan dan perselisihan faham ini hanya dapat diselesaikan menerusi secara diplomasi dan sesi dialog," ujarnya.



Beliau juga menyarankan penubuhan semula hubungan rasmi antara Moscow dengan Nato serta membuka saluran komunikasi untuk mengelakkan konflik menjadi lebih buruk di Eropah Timur.



Russia mendakwa Amerika jelas tidak sedia meneliti isu kebimbangan keselamatan utama berkaitan ketegangannya dengan Ukraine.



Bagaimanapun, Kremlin mengakui bahawa Washington terbuka untuk rundingan lanjutan.



Tindakan menempatkan sebahagian besar tentera di lokasi berkenaan telah mencetuskan provokasi dalam kalangan negara Barat.



Menurut jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov, pihaknya memerlukan masa untuk meneliti reaksi Washington.



Namun, beliau menyifatkan kenyataan Nato dan Amerika yang menggambarkan tuntutan Russia sebagai tidak boleh diterima, tidak banyak membantu mengurangkan ketegangan.



Sementara itu, Kementerian Luar Russia memaklumkan bahawa kaedah terbaik bagi mengurangkan ketegangan adalah dengan pengunduran tentera Nato dari timur Eropah. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >