Topic followed successfully
Go to BHkuMira Filzah Bintang Paling Popular
PUTRAJAYA - Selain memiliki personaliti menyenangkan dan dibantu populariti drama Pujaan Hati Kanda serta Lelaki Kiriman Tuhan, tuah menyebelahi pelakon jelita, Mira Filzah apabila dijulang peminat sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-32, pada malam Ahad (22 September).
Mira, 26 tahun, meraih undian tertinggi menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa dengan lebih 6 juta undi.
Kemenangan itu melayakkan Mira membawa pulang hadiah utama, kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai RM160,000, sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), berserta trofi.
Terdahulu, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman turut memenangi kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, selain membawa pulang trofi Pelakon Filem Wanita Popular.
Keampuhan gandingannya bersama Remy Ishak turut membawa tuah kepada anak kelahiran Ipoh, Perak itu apabila diumumkan sebagai pemenang kategori online, Gandingan Serasi Drama Popular menerusi Pujaan Hati Kanda.
Secara keseluruhan, Mira Filzah membawa pulang empat trofi, sekaligus menjadikannya pemenang terbesar ABPBH yang ke-32 pada Ahad. -Berita Harian Malaysia.
SENARAI PEMENANG ABPBH ke-32
Kategori Utama
Bintang Paling Popular: Mira Filzah
Artis Baharu Lelaki Popular: Adam Lee
Artis Baharu Wanita Popular: Haneesya Hanee
Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa: Syafiq Kyle
Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa: Mira Filzah
Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular: Mira Filzah
Penyanyi Lelaki Popular DuitNow: Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular DuitNow: Siti Nordiana
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Dayang Nurfaizah & Hael Husaini
Artis Komedi Popular: Zizan Razak
Artis Versatil Popular: Janna Nick
Pengacara TV Popular: Siti Nordiana
Penyampai Radio Popular: DJ Lin (Suria FM)
Artis Indonesia Popular: Laudya Cynthia Bella
Artis Korea Popular: BTS
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Raihan
Kategori Online
Gandingan Serasi Drama Popular: Remy Ishak & Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)
Gandingan Serasi Filem Popular: Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Langsuir)
Pelakon Watak Antagonis Popular: Shukri Yahaya
Artis Sensasi Popular: Haqiem Rusli
Lagu Paling Boom: Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)

