Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Misi Anwar - akhiri politik berdasar kaum di M'sia

Nov 11, 2022 | 5:30 AM
BERGAMBAR DENGAN PENYOKONG: Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim (berkemeja putih), bergambar dengan penyokongnya semasa mula berkempen di Perak. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
BERGAMBAR DENGAN PENYOKONG: Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim (berkemeja putih), bergambar dengan penyokongnya semasa mula berkempen di Perak. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

MISINYA - mengakhiri politik berdasarkan kaum di Malaysia.

Itulah kata-kata yang diungkapkan Presi-den Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri An-war Ibrahim, apabila Berita Harian (BH) bertemu beliau semasa berkempen di Klebang di Ipoh, Perak.

Datuk Anwar, yang juga calon Perdana Menteri bagi PH, berkata pemikiran sempit demikian yang membelenggu politik Malaysia harus diubah untuk membina negara yang stabil, bersepadu dan hidup harmoni.

Inilah perkara yang diutamakannya, kata beliau, sedang beliau terus berjuang menentang rasuah.

Beliau berkata demikian ketika beberapa gabungan parti seperti Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mendakwa hak Melayu tidak dilindungi oleh PH yang an-tara anggotanya ialah Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang dipimpin Encik Anthony Loke.

Datuk Anwar berkata dakwaan sedemikian adalah tidak benar.

"Saya tak tolak ansur bagi kebajikan orang Melayu.

"Tapi saya tahu, untuk saya menjadi pemimpin yang baik, saya mesti berlaku adil ke-pada orang Melayu, orang Cina, orang India, kepada Sarawak," kata Datuk Anwar.

Kata-kata beliau itu, yang diutarakan semasa semasa berucap di 'kenduri rakyat' yang diadakan di Klebang, Ipoh, disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan oleh sekitar 500 tetamu yang hadir.

Menambah, Datuk Anwar, yang berkata beliau tidak akan mengambil gaji dan akan memotong gaji Menteri Kabinet jika menjadi Perdana Menteri, berkata beliau hanya mahukan kerajaan yang adil.

Hujah yang serupa ditekankan oleh Encik Loke, yang merupakan Setiausaha Agung DAP.

Bercakap kepada media kelmarin, beliau berkata pengundi sudah bosan mendengar dakwaan berbaur perkauman dan mahukan parti yang memperjuangkan isu kos sara hidup, perumahan dan harmoni antara kaum

Semasa berkempen, pengerusi dan calon Perdana Menteri PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata usulannya kepada biro politik DAP untuk mengambil pendekatan lebih sederhana berhubung isi sensitif melibatkan orang Melayu telah ditolak semasa PHmenubuhkan kerajaan selama 22 bulan.

Ini termasuk isu mengenai Perlembagaan, Kesultanan Melayu dan institusi agama Islam, kata Tan Sr Muhyiddin.

Selain Datuk Anwar dan Tan Sri Muhyiddin, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dari BN adalah orang ketiga yang telah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

Namun, status Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengerusi BN dan Pengerusi Umno bermakna beliau juga dianggap calon Perdana Menteri divkalangan sebahagian pengikutnya.

Datuk Ismail bertanding di Pahang untuk mempertahankan kerusi parlimen di Bera yang telah dimilikinya sejak 2004, sementara Datuk Ahmad Zahid dan Datuk Anwar bertanding di Perak.

Datuk Ahmad Zahid akan berusaha mempertahankan kerusi parlimen di Bagan Datuk yang disandangnya selama lima penggal, sementara Datuk Anwar bertanding di Tambun buat julung-julung kali.

Menjawab pertanyaan BH mengenai sentimen awal di kalangan penduduk di Tambun, Datuk Anwar berkata beliau yakin.

"Kami belum dapat menjelajah penuh, tetapi kami akan berusaha untuk mendekati seramai mungkin (rakyat) yang termampu," kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg