Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Misi 'Dart' berjaya alih orbit asteroid

Oct 13, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Kapal angkasa Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa) berjaya merempuh asteroid sehingga mendorong anak bulan berbatu itu keluar dari orbit semula jadinya pada bulan lalu.



Ia juga adalah percubaan pertama manusia untuk mengubah gerakan asteroid atau mana-mana badan angkasa, umum ketua Nasa kelmarin.



"Ini adalah detik untuk pertahanan planet dan detik untuk kemanusiaan," kata ketua Nasa, Encik Bill Nelson kepada pemberita semasa mengumumkan keputusan itu.



Ujian itu diadakan bagi mengetahui keupayaan manusia melindungi dan menghalang objek kosmik daripada merosakkan kehidupan di bumi.



Strim secara langsung menerusi laman web Nasa itu menunjukkan imej yang diambil oleh kamera DART, ia meluncur ke arah asteroid Dimorphos yang dianggarkan sebesar stadium bola sepak, sekitar jam 7 malam kira-kira 6.8 juta batu (11 juta kilometer) dari bumi.



Misi ini direka untuk menentukan sama ada kapal angkasa mampu mengubah trajektori asteroid melalui daya kinetik, menolaknya dari laluan yang boleh mengundang bahaya kepada bumi.



Sama ada ia berjaya mencapai sasaran diharapkan masih belum diketahui sehingga pemerhatian teleskop lebih lanjut ke atas asteroid dilaksanakan bulan depan.



Bagaimanapun, pegawai Nasa memuji hasil eksperimen yang dibuat dan jelas mereka kapal angkasa itu kelihatan berfungsi sebagaimana rekaannya.



DART yang dilancarkan oleh roket SpaceX pada November 2021 melakukan sebahagian besar pelayarannya di bawah bimbingan pengarah penerbangan Nasa dengan kawalan diserahkan kepada sistem navigasi autonomi pada jam terakhir perjalanan.



Hasil ujian itu dipantau dalam tempoh hampir sama dari pusat operasi misi di Makmal Fizik Gunaan Universiti Johns Hopkins (APL) di Laurel, Maryland.



Sorakan oleh jurutera di dalam bilik kawalan didengari apabila imej asteroid yang disasarkan semakin besar dan akhirnya memenuhi skrin TV sejurus sebelum isyarat kapal angkasa itu hilang, mengesahkan ia telah berjaya merempuh Dimorphos.



Asteroid Dimorphos adalah sepanjang 160 meter dan mengorbit sebuah asteroid besar bernama Didymos.



Permukaan Dimorphos yang berbatu-batu akhirnya dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa minit terakhir ketika DART bergerak dan menghentam ke arahnya pada kira-kira 23,500 kilometer sejam.



Apa yang pasti ialah kedua-dua asteroid itu tidak menimbulkan ancaman kepada bumi kerana ia melepasi planet tersebut dan berada pada jarak kira-kira lebih 10 juta kilometer.



Nasa berharap melalui hentaman itu, asteroid berkenaan akan bergerak ke orbit yang lebih kecil dan mengurangkan 10 minit masa yang diperlukan untuk mengelilingi Didymos.



Beberapa minit selepas hentaman, sebuah satelit bersaiz pembakar roti dikenali sebagai LICIACube yang telah dipisahkan daripada DART beberapa minggu lalu, dijangka bergerak dekat tempat kapal angkasa tanpa juruterbang yang terhempas berkenaan bagi merakamkan imej perlanggaran itu.



Misi DART dilancarkan November lalu dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >