Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Misi menyelamat di gua Thai: Kumpulan terperangkap boleh dikeluarkan dalam 1-2 hari, kata ketua pasukan penyelamat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Misi menyelamat di gua Thai: Kumpulan terperangkap boleh dikeluarkan dalam 1-2 hari, kata ketua pasukan penyelamat

Jul 07, 2018 | 05:58 PM

 

CHIANG RAI (Thailand): Lebih 100 syaf telah digerudi menembusi permukaan sebuah gunung di Utara Thailand pada Sabtu (7 Julai) di mana pasukan penyelamat berbilang negara bergelut dengan masa untuk menyelamatkan sekumpulan pemain bola sepak muda dan jurulatih mereka, dengan ketua pasukan penyelamat berkata mereka boleh dikeluarkan dalam tempoh ‘satu dua hari’.

Para penyelamat sedang mencuba cara baru untuk mengeluarkan kanak-kanak lelaki itu dari permukaan gunung, jika gua di mana mereka terperangkap, dibanjiri air.

Menyelamatkan kumpulan itu dengan cara menyelam menembusi laluan yang banjir dianggap terlalu berisko, dengan seorang penyelamat maut semalam.

“Sebahagian syaf digerudi sedalam 400 meter… tapi mereka masih belum lagi dapat menemui kumpulan itu,” kata Encik Narongsak Osottanakorn, bercakap kepada wartawan.  Tambah Encik Narongsak, pasukan itu tidak memiliki teknologi untuk mengenal pasti dengan tentu kawasan yang diingini.

“Kami jangka mereka berada 600 meter di bawah, tetapi kami tidak tahu di mana mereka berada, khususnya,” katanya lagi.

Timbalan Pengarah Besar Jabatan Taman Kebangsaan, Hidupan Liar dan Pemeliharaan Tanaman Encik Chongklai Worapongsathorn, berkata banyak syaf atau lubang telah digerudi, dan lebih banyak pasukan telah dikerah untuk membuat pencarian, tetapi tiada yang dapat memutuskan di mana kanak-kanak lelaki itu berada.

Menurut Encik Narongsak, cara menyelamatkan kanak-kanak lelaki itu masih belum dipastikan, dan paras air di dewan tiga - di mana pasukan penyelamat membina pangkalan - kini cukup rendah untuk membenarkan pasukan penyelamat berjalan kaki di dalamnya.

Namun, tambahnya, paras air dari dewan tiga ke selekoh-T, dan selanjutnya ke tempat kanak-kanak lelaki itu terperangkap masih tinggi.

“Apabila musim tengkujuh mencapai puncaknya, kami bimbang sebahagian besar kawasan di mana kanak-kanak lelaki itu berada akan ditenggelami air…  risiko bertambah apabila hujan turun lebih lebat,” katanya.

Mengulas tentang keadaan kanak-kanak lelaki itu, Encik Narongsak  berkata mereka telah diberikan makanan yang kaya protein dan tenaga, tetapi makanan itu tidak bertujuan mengenyangkan mereka. Ada juga sebahagian kanak-kanak lelaki itu yang masih lemah.

“Namun, mereka semua sihat dan boleh berbual-bual dan bersenda gurau, katanya.

Pada pagi Sabtu, Angkatan Tentera Laut SEAL Thailand memuat naik ke Facebook nota yang ditulis oleh kanak-kanak itu.

“Ayah dan ibu, usah bimbang tentang saya. Saya tidak apa-apa. Mohon bawa saya makan ayam goreng selepas ini. Saya sayang kamu,” kata Chanintr Wiboonroongruang, 11 tahun, dalam notanya.

Mengulas tentang keprihatinan bahawa paras oksigen di gua itu telah merosot, Encik Narongsak berkata pasukan penyelamat telah memasangkan saluran udara untuk mengepam masuk udara segar. Ia juga telah mengundur pekerja yang tidak melakukan tugas genting dari dewan tiga untuk menjimatkan oksigen yang digunakan di dalam gua.

“Kami perlu mengambil keputusan dan bertindak jika risiko meningkat ke paras tertentu,” katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3