PETALING JAYA: Kemunculan seorang lelaki bertopi merah di belakang Encik Haziq Aziz apabila beliau dibebaskan polis selepas ditahan mengenai video seks yang viral, menyebabkan orang tertanya-tanya dalam kalangan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Seorang anggota yang juga aktivis PKR, Badrul Hisham Shaharin, menyiarkan gambar Encik Haziq, setiausaha sulit utama kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Akin, diiringi dari balai polis Dang Wangi oleh peguamnya dan seorang lelaki bertopi merah yang menutup mukanya.