Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEKILAS

Moderna saman Pfizer, BioNTech

Aug 28, 2022 | 05:30 AM



KALAMAZOO: Syarikat pembuat vaksin Covid-19 menyaman pesaingnya Pfizer, serta rakan kongsinya dari Jerman, BioNTech kerana didakwa melanggar paten penghasilan vaksin Covid-19 yang pertama diluluskan di Amerika Syarikat.



Moderna mendakwa, kedua-dua syarikat itu meniru teknologi yang dihasilkannya sejak sekian lama sebelum pandemik bermula.



Tuntutan mahkamah itu difailkan di Mahkamah Massachusetts dan Mahkamah Dusseldorf di Jerman.



Ketua Eksekutif Moderna, Encik Stephane Bancel, dalam kenyataan berkata tuntutan mahkamah itu untuk melindungi platform inovatif teknologi mRNA yang dirintis oleh syarikat itu.



Moderna mendakwa Pfizer-BioNTech, tanpa kebenarannya, meniru teknologi mRNA yang dipaten oleh Moderna antara 2010 dan 2016, jauh lebih awal sebelum Covid-19 muncul pada 2019 dan menular sehingga menarik perhatian seluruh dunia pada awal 2020.



Pfizer-BioNTech menegaskan, kedua-dua syarikat itu akan mempertahankan paten mereka. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >