Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mogok di Perancis bertambah ganas

Mar 26, 2023 | 03:40 PM



SAINTE-SOLINE: Polis Perancis sekali lagi bertempur dengan penunjuk perasaan, pada Sabtu, ketika kesatuan sekerja menyelaras mogok lebih besar membantah peningkatan umur persaraan.



Tidak cukup dengan masalah sedia ada, bantahan bagi menghentikan pembinaan empangan di barat daya Perancis turut bertukar ganas apabila peserta bertempur dengan anggota polis.



Adegan ganas di Sainte-Soline, barat Perancis berlaku selepas beberapa hari tunjuk perasaan ganas di seluruh negara membantah rombakan skim pencen Presiden Perancis Encik Emmanuel Macron, sehingga mendorong pembatalan lawatan oleh Raja Charles III dari United Kingdom (UK).



Pergerakan bantahan terhadap pembaharuan pencen bertukar menjadi krisis domestik terbesar dalam mandat kedua Encik Macron, dengan pertempuran berlaku setiap hari di jalan-jalan Paris serta bandar lain antara polis dan penunjuk perasaan.



Beberapa penunjuk perasaan dan anggota pasukan keselamatan cedera dalam pertempuran di sekitar Sainte-Soline ketika pejuang kempen berusaha menghentikan pembinaan takungan untuk industri pertanian.



Pihak berkuasa tempatan berkata sekurang-kurangnya 6,000 orang menghadiri perarakan panjang yang bermula lewat pagi, manakala penganjur memaklumkan 25,000 orang menyertainya.



“Sementara negara bangkit untuk mempertahankan pencen, kami akan mempertahankan air,” kata penganjur yang berhimpun di bawah panji ‘Bassines non merci’ (Tidak kepada takungan, terima kasih).



Di sekitar tapak pembinaan yang dikawal oleh polis, pertempuran ganas berlaku cepat berlaku antara pasukan keselamatan dan aktivis radikal.



Sementara itu, apa saja yang boleh dibaling dan bahan letupan buatan sendiri dilemparkan penunjuk perasaan, dengan polis bertindak balas menembak gas pemedih mata dan meriam air, menyebabkan 24 anggota pasukan keselamatan cedera, termasuk seorang parah.



Menteri Dalam Negeri Perancis, Encik Gerald Darmanin, berkata tujuh penunjuk perasaan cedera dan seorang mengalami kecederaan serius. Kedua-dua individu yang cedera parah dipindahkan menggunakan helikopter.



Perdana Menteri Perancis, Cik Elisabeth Borne mengecam ‘kitaran keganasan yang tidak boleh ditolak ansur’ pada protes itu.



Seramai 11 orang ditahan selepas polis merampas senjata, termasuk bola petanque dan pisau pemotong daging serta bahan letupan.



Pembatalan lawatan oleh Raja Charles, lawatan pertama baginda ke luar negara sebagai Raja - adalah sesuatu yang memalukan bagi Encik Macron dan menunjukkan betapa seriusnya keadaan.



Kekecohan berhubung undang-undang untuk menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun semakin meningkat sejak Encik Macron menggunakan kuasa eksekutif untuk melaksanakan rancangan itu melalui Parlimen tanpa undian minggu lalu.



Keganasan terburuk Khamis lalu, sejak tunjuk perasaan bermula tiga bulan lalu, kini semakin reda, namun gabungan kesatuan sekerja seluruh Perancis kini bersedia menganjurkan satu lagi mogok besar-besaran pada Selasa ini. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >