SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mogok pemandu bas di CIQ Johor sudah berakhir

Mogok pemandu bas di CIQ Johor sudah berakhir

Aug 1, 2014 | 3:06 PM

Mogok pemandu bas di CIQ Johor sudah berakhir

43dab541-1bd9-4bb9-b202-783a5c69519f
-

MOGOK pemandu bas Malaysia di pusat pemeriksaan Johor telah berakhir, menurut laporan akhbar Malaysia.

Akhbar Malaysia berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan bahawa keadaan lalu lintas sudah kembali pulih pada 8 pagi tadi setelah pihak berkuasa tempatan berjanji untuk meneliti kadar tol yang disemak semula dalam tempoh seminggu.

Para saksi melaporkan bahawa kebanyakan bas yang berdaftar di Malaysia enggan untuk meneruskan perjalanan mereka dari Johor ke Woodlands pada awal pagi tadi ekoran langkah menaikkan tol.

"Mogok" yang dimulakan oleh para pemandu bas menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di pusat pemeriksaan.

Peningkatan lebih daripada 500 peratus dalam bayaran tol di Kastam Johor Bahru berkuatkuasa pada 1 Ogos dan menjejas kedua-dua kenderaan yang dari Johor dan Singapura.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg