Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mohon ampun diraja bagi Najib bukan pendirian kerajaan, kata Anthony Loke

Apr 11, 2023 | 10:22 AM



PUTRAJAYA: Usulan mendapatkan pengampunan diraja bagi mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak dibincangkan oleh Kabinet kerana ia bukan pendirian kerajaan, kata Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke.



Beliau berkata Umno yang memutuskan untuk memohon pengampunan diraja bagi Najib, yang merupakan mantan presiden parti politik itu, dan isu tersebut adalah isu bagi parti itu sendiri.



“Kabinet tidak pernah membincangkan perkara ini dan menteri Kabinet dari Umno tidak menimbulkan isu tersebut.



“Isu pengampunan diraja bukan pendirian kerajaan tetap adalah keputusan yang diambil Umno sebagai parti politik,” kata Encik Loke, menjawab soalan wartawan mengenai perkara tersebut.



Loke berkata proses memohon pengampunan diraja menyusuli proses seorang didapati bersalah adalah perkara biasa.



“Bagi kami, kami yakin sepenuhnya pada proses dan kebijaksanaan Agong,” kata beliau.



Pada 7 April, setiausaha agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata Majlis Tertinggi parti itu telah bermuafakat untuk menghadap Agong untuk mempersembahkan memorandum dan menggesa Agong memberikan pengampuna diraja kepada Najib.



Najib, 69 tahun, awal dari itu telah telah memohon kepada mahkamah untuk menyemak semula keputusan yang diambil oleh panel Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lalu.



Panel itu telah mengekalkan keputusan mendapati Najib bersalah dan hukuman yang dikenakan ke atasnya kerana penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram sejumlah RM42 juta dari dana SRC International.



Pada 31 Mac, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk keputusan itu disemak, berdasarkan pecahan 4-1.



Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli memutuskan bahawa bekas perdana menteri itu tidak dinafikan hak untuk perbicaraan yang adil dan oleh itu permohonannya untuk kebenaran memulakan semakan harus ditolak.



Beliau juga berkata beliau tidak menemui apa-apa dalam bahan yang diketengahkan kepada mahkamah yang mencadangkan bahawa pasukan pembelaan Encik Najib, yang telah dirombak tiga minggu sebelum rayuan, memohon penangguhan sebagai sebahagian daripada “helah” atau “strategi” untuk menangguhkan pendengaran.



Dalam pada itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata permintaan parti itu agar Yang di-Pertuan Agong mempertimbangkan pemberian pengampunan penuh diraja kepada bekas presidennya, Encik Najib Razak, tidak akan menjejaskan hubungan parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) dan komponen lain dalam kerajaan perpaduan.



Beliau berkata keputusan parti itu membuat permintaan tersebut semata-mata menunjukkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada bekas perdana menteri atas kepimpinan sembilan tahun beliau sebelum kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2018.



Datuk Mohamed Khaled mengulangi kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, bahawa rayuan Majlis Tertinggi Umno bagi pengampunan diraja untuk Encik Najib dilakukan kerana parti itu percaya beliau telah dinafikan keadilan.



Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau berada dalam Lembaga Pengampunan berkaitan kes tersebut.

Namun, beliau menegaskan tidak timbul konflik kepentingan dalam hal itu kerana ada proses yang perlu diikuti dan keputusan akhir adalah di bawah kuasa Agong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >