Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Moscow akhiri gencatan senjata, tekad terus serang Ukraine

Jan 9, 2023 | 5:30 AM
eaa3943c-0fbf-49e6-a853-beff0d04c9e1
-

MOSCOW: Serangan bom Russia sepanjang malam kelmarin di timur Ukraine meragut sekurang-kurangnya satu nyawa, selepas Moscow menamatkan gencatan senjata dan bertekad terus menyerang jirannya sehingga menang.

Gabenor Kharkiv, Encik Oleh Synehubov, menerusi Telegram berkata, seorang lelaki berusia 50 tahun terkorban susulan serangan Russia di wilayah itu. Berita itu dimaklumkan beberapa minit selepas tengah malam di Moscow.

Jumaat lalu, Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mengarahkan gencatan senjata selama 36 jam sempena sambutan Krismas Ortodoks di Russia dan Ukraine, namun Ukraine menolak gencatan itu dan meneruskan serangan di barisan hadapan perang.

Kebanyakan penganut Kristian Ortodoks Ukraine meraikan Krismas pada 7 Januari lalu, sama seperti penganut Kristian Ortodoks di Russia, namun gereja ortodoks di Ukraine kali ini turut membenarkan sambutan pada 25 Disember. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg