SPH Logo mobile
Langgan|

Moscow tahan warga AS, dituduh mengintip; mohon dipenjara 18 tahun

Moscow tahan warga AS, dituduh mengintip; mohon dipenjara 18 tahun

May 25, 2020 | 10:30 PM

Moscow tahan warga AS, dituduh mengintip; mohon dipenjara 18 tahun

HADAPI TUDUHAN BERAT: Bekas anggota tentera marin Amerika Syarikat, Paul Whelan, dituduh melakukan pengintipan. Semasa perbicaraan di Russia hari ini, pihak pendakwa Russia memohon kepada mahkamah agar menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atasnya dan ditempatkan di mahkamah keselamatan maksimum.
HADAPI TUDUHAN BERAT: Bekas anggota tentera marin Amerika Syarikat, Paul Whelan, dituduh melakukan pengintipan. Semasa perbicaraan di Russia hari ini, pihak pendakwa Russia memohon kepada mahkamah agar menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atasnya dan ditempatkan di mahkamah keselamatan maksimum. - - Foto: REUTERS

MOSCOW: Pendakwa raya Russia hari ini mengemukakan permohonan kepada mahkamah agar menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas bekas tentera laut Amerika Syarikat, Paul Whelan.

Whelan seorang warga negara Amerika Syarikat dituduh mengintip.

Pihak pendakwa menuntut dia dikenakan hukuman penjara selama 18 tahun di penjara keselamatan maksimum, kata peguamnya.

Whelan yang juga memegang pasport Britain, Kanada dan Ireland, ditahan pada bulan Disember 2018.

Dia mendakwa ditahan atas tuduhan yang dibuat-buat dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Perbicaraannya, yang dimulai pada 23 Mac lalu, telah dijalankan secara tertutup kerana kandungannya mengandungi maklumat rahsia.

Mahkamah akan mengumumkan keputusannya pada 15 Jun, kata peguam Whelan, Encik Vladimir Zherebenkov, selepas perbicaraan hari ini. - Reuters

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg