Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Moscow tingkat kawalan di sempadan tangani warga lelaki elak kerahan

Sep 29, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Russia telah menghantar lebih banyak pasukan keselamatan, namun kali ini bukan menuju ke Ukraine tetapi ke sempadan Russia dengan negara lain.



Ini sedang Kremlin berdepan dengan aliran keluar besar lelaki muda Russia ke negara jiran yang cuba melarikan diri daripada perintah kerahan untuk berperang di Ukraine.



Sedang peluang bagi warga Russia mengelak daripada draf perintah itu semakin mengecil, Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSS) Russia menghantar kenderaan berperisai ke sempadan, dengan sebilangan lelaki yang menunggu di situ untuk melarikan diri dilihat diberi kertas kerahan itu, lapor media berita Russia.



Pergerakan ke kawasan sempadan itu bermula beberapa jam selepas pengumuman Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, minggu lalu mengenai kerahan tentera yang menjejas ratusan ribu rakyat Russia, dan pergerakan itu menjadi semakin besar semenjak itu.



Walaupun Kremlin menolak laporan bahawa ia mungkin melarang hampir semua lelaki muda meninggalkan negara itu, ramai rakyat Russia tetap mahu berbuat demikian.



Di sempadan Georgia, Kazakhstan dan juga Mongolia, jumlah mereka yang mahu berbuat demikian terus meningkat.



Di Kazakhstan, menjawab seruan agar sempadan negara itu dengan Russia ditutup, Presiden Kassym-Jomart Tokayev berkata supaya diamalkan sikap "kemanusiaan, kesabaran dan organisasi", dengan mengatakan rakyat Russia telah "dipaksa kerana keadaan yang tidak ada harapan".



Dengan barisan kereta berkilometer panjang di sempadan memasuki Georgia, negara itu menyatakan ia akan membenarkan pelawat masuk dengan berjalan kaki.



Jumlah yang memasuki negara itu meningkat seganda sepanjang minggu lalu, kepada kira-kira 10,000 orang sehari, kata menteri Georgia.



Selepas berbulan mengalami angka korban besar, Russia terpaksa mengerah bantuan tambahan untuk meneruskan usaha perangnya.



Pegawai Barat menganggarkan seramai 80,000 askar Russia telah terbunuh atau cedera dalam perang di Ukraine, dan sejak beberapa minggu lalu, tentera Russia telah diusir keluar dari wilayah yang mereka rampas sebelumnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >