Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Move Forward saran larang semula bebas guna ganja di Thailand

May 26, 2023 | 05:35 PM



BANGKOK: Satu saranan oleh parti Move Forward Party (MFP) yang menang pilihan raya umum Thailand baru-baru ini untuk mengklasifikasikan semula kanabis (ganja) sebagai dadah, setahun selepas penggunaannya dibenarkan, mencetuskan kegelisahan dalam industri yang menjangkakan perniagaan bernilai AS$12 bilion ($16 bilion) untuk beberapa tahun akan datang.


Ribuan perniagaan telah diwujudkan, sejak penggunaan dan penanaman ganja itu dibenarkan, dengan banyak kedai di Bangkok dan kawasan pelancongan yang lain mula menawarkan bahan itu yang dipanggil “Tunas Terbaik” kepada pelancong dan orang tempatan yang menghisapnya.

Tetapi sekarang, kemungkinan kerajaan baru menarik balik kebebasan memasarkan bahan itu, membuat pemilik perniagaan, seperti Encik Netnapa Singsatit, cemas.

“Kenakan cukai ke atas kanabis, seperti juga rokok dan alkohol, dan kayakan negara ini. Jangan letakkan semula kanabis di penjara,” kata Encik Netnapa, yang membuka kedai menjual kanabis RG420 di kawasan pusat pelancongan di daerah Khao San Road, di Bangkok.

“Mereka harus bertimbang rasa terhadap kami pemilik perniagaan,” katanya.

Kedai beliau antara 12,000 perniagaan yang diberi permit selama tiga tahun oleh kerajaan untuk menjalankan perniagaan tersebut, menurut data rasmi.

MFP yang progresif itu sedang berusaha membentuk sebuah kerajaan baru, setelah memenangi sebahagian besar kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya pada 14 Mei, sekali gus jelas menunjukkan para pengundi menolak parti-parti yang ada kaitan dengan tentera, dan inginkan demokrasi awam dipulihkan di negara itu.

Yang menghairankan, parti dalam kerajaan yang disokong tentera, membenarkan ganja digunakan sebagai ubat. Tetapi status hukum yang sebenar bagi dadah itu masih lagi belum jelas.

Satu rang yang dijanjikan untuk menentukan peraturan penggunaannya melalui Parlimen telah gagal. Namun perniagaan ganja tumbuh pesat di negara itu, yang selama ini mengenakan kawalan ketat terhadap dadah.

MFP berharap membentuk sebuah kerajaan campuran dengan beberapa parti pembangkang yang lain, termasuk Parti Pheu Thai, yang turut khuatir terhadap kesihatan dan penyalahgunaan dalam kalangan rakyat muda negara itu, berkempen dengan berjanji untuk mengharamkan penggunaan ganja.

Parti itu dan sekutu-sekutunya telah menerbitkan agenda politik mereka minggu ini, termasuk satu saranan “mengklasifikasi semula” ganja sebagai bahan terkawal.

Ia juga berhati-hati dalam menangani perkara itu kerana ia melibatkan perniagaan besar yang menurut penganalisis mungkin bernilai sekitar AS$12 bilion menjelang 2025.

Pada Khamis, seorang pegawai parti itu, Cik Sirikanya Tansakun, mempertahankan rancangan mengklasifikasi semula ganja, dengan berkata bahawa ia perlu bagi menyelesaikan isu undang-undang yang masih samar-samar.

Tetapi beliau berjanji pihak peniaga akan dibantu kerana perkara itu akan dibawa ke Parlimen.

Bagaimanapun, beliau berkata peniaga jalanan yang tidak berlesen dan penyeludup masuk dadah itu akan dibanteras.

“Mereka yang telah membuat pelaburan secara sah, akan dilindungi dan meneruskan perniagaan mereka,” jelas Cik Sirikanya kepada wartawan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >