Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

M'sia akan bina laluan pejalan kaki berbumbung di Tambak Johor

Sep 14, 2020 | 5:51 PM
Laluan berbumbung itu akan dilengkapi eskalator dan penghawa dingin.
Laluan berbumbung itu akan dilengkapi eskalator dan penghawa dingin. - CHONG JUN LIANG

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri Johor sedang merancang membina laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 350 meter untuk pejalan kaki di Tambak Johor, pada kos RM30 juta ($9.88 juta), kata seorang pegawai kanan Johor.

Apabila siap kelak, projek itu akan menjadikannya lebih selesa bagi ratusan orang yang berjalan kaki melintasi laluan darat yang menghubungkan Johor Baru ke Woodlands, kata menteri negeri (exco) Johor bagi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan pada Ahad (13 Sept), lapor The Straits Times.

Kerajaan persekutuan Malaysia telah menggandakan peruntukan awal sebanyak RM15 juta setelah laluan pejalan kaki itu direka semula dengan menambahkan eskalator dan penghawa dingin, kata Encik Mohd Solihan Badri kepada wartawan di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Pembinaan ini akan melibatkan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kerja Raya kerana Tambak Johor diselenggara Lembaga Lebuhraya Malaysia," katanya.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg