Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

M'sia akan dibuka semula kepada pelancong antarabangsa jelang 1 Jan

Nov 11, 2021 | 10:15 PM

KUALA LUMPUR: Malaysia akan membuka semula sempadannya kepada pelancong antarabangsa selewat-lewatnya 1 January 2022, menurut majlis kerajaan pada Khamis (11 Nov) sedang negara itu cuba menghidupkan semula sektor pelancongannya.

Malaysia telah membuka semula ekonominya secara beransur-ansur dalam beberapa minggu kebelakangan ini kerana kadar jangkitan coronavirus semakin perlahan di tengah-tengah program vaksinasi yang dipertingkatkan.

Lebih tiga perempat daripada 32 juta penduduk Malaysia telah menerima vaksin.

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, yang mempengerusikan majlis yang ditugaskan untuk menerajui program pemulihan ekonomi Malaysia, berkata, industri pelancongan pulih terlalu perlahan tanpa warga asing dan menyatakan bahawa pengusaha memerlukan masa untuk meneruskan semula perniagaan.

Tan Sri Muhyiddin bagaimanapun berkata langkah kawalan jangkitan seperti ujian Covid-19 akan kekal dilaksanakan, dengan pihak berkuasa menentukan kemasukan berdasarkan situasi Covid-19 di negara asal dan faktor lain.

Beliau tidak menyatakan bila tarikh pembukaan semula akan diumumkan, tetapi berkata keputusan itu masih diperincikan oleh agensi kesihatan dan keselamatan. - REUTERS

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3