Kerajaan Malaysia akan mengenakan semula sekatan sekiranya jumlah kes baru Covid-19 meningkat melebihi 100 kes sehari, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Negara itu kini dalam tahap pemulihan perintah kawalan pergerakan (MCO), dengan kebanyakan perniagaan dibenarkan beroperasi jika mengikut langkah kesihatan seperti memeriksa suhu badan mereka yang memasuki pejabat, kedai dan pusat beli-belah serta penggunaan aplikasi kesan kontak.
Tetapi kes baru harian telah mula meningkat sejak minggu lalu, lapor The Straits Times.
"Jika ia mencapai tiga angka, kami tidak ada pilihan tetapi memperkenalkan semula MCO dan akan memantau keadaan, "ujar Datuk Seri Ismail kepada pemberita di Kelantan.
Sejumlah 23 kes baru dilaporkan pada Sabtu (25 Julai) berbanding 21 kes pada Jumaat, sembilan kes pada Khamis dan 16 kes pada Rabu lalu.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg