Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

M'sia akan lakukan pembenihan awan di 7 kawasan empangan

May 17, 2023 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia akan melakukan pembenihan awan di tujuh kawasan empangan yang mengalami pengurangan paras air berikutan cuaca panas yang melanda negara itu ketika ini.



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tujuh kawasan itu membabitkan Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang, Sungai Bernam dan Sungai Simi Lajau di Sarawak.



Katanya, walaupun arahan segera untuk melaksanakan proses itu sudah dikeluarkan, ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk awan, angin dan cuaca.



"Beberapa keputusan dan pandangan, soal pembenihan awan dilakukan dengan segera, kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) di beberapa kawasan empangan air.



"Kita menumpukan kepada tujuh kawasan yang dijangka paras air menurun dan ini akan menyebabkan bekalan air terjejas dan petang ini (Selasa) saya akan terus ke Sungai Muda serta Sungai Kedah untuk melihat sendiri keadaan di sana dan mengambil tindakan segera iaitu dari segi pembenihan hujan," katanya, lapor Berita Harian Malaysia.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat pada Selasa.



Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata kerajaan akan melakukan proses pembenihan awan sekiranya ada keperluan dan mendapat permohonan daripada mana-mana negeri.



Beliau berkata proses pembenihan awan mempunyai mekanisme tertentu.



"Untuk proses pembenihan awan, ia dilakukan apabila ada keperluan. Macam di Pulang Pinang dibangkitkan keperluan pembenihan awan, maka ia dibantu Kerajaan Persekutuan.



"Kalau ada keperluan, kita akan aturkan. Bergantung kepada permohonan negeri kerana ia ada mekanisme tertentu," katanya.



Media sebelum ini melaporkan, kerajaan dan rakyat Malaysia perlu bersama-sama melakukan persediaan awal bagi menghadapi fenomena El-Nino kuat yang diramal Jun ini, bagi meminimumkan impak fenomena itu.



Pakar alam sekitar, Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman, berkata persiapan awal meliputi semua aspek perlu bagi mengelakkan kepanikan melampau.



Pada 2 Mei lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan MetMalaysia menjalankan Operasi Pembenihan Awan di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang serta Empangan Teluk Air Itam di Pulau Pinang yang turut membabitkan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Kerajaan negeri Pulau Pinang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >